Faraj adalah mahkota seorang wanita yang tidak dapat ditukar ganti. Organ intim berkenaan adalah sangat sensitif malah kolagennya akan berkurang mengikut usia seseorang. Apabila keberhasilan kolagen telah berkurang, lebih-lebih lagi apabila selepas proses melahirkan, faraj seorang wanita akan cenderung untuk longgar dan kehilangan sifat semula jadinya iaitu merujuk kepada keremajaan organ tersebut.
Baru-baru ini dengan kerjasama antara NeoAsia dan Viveve bersama pusat perubatan kecantikan Dr. Alice yang terkemuka di Malaysia, buat julung kalinya sejenis rawatan yang berfungsi untuk mengetatkan faraj ditawarkan kepada umum melalui penggunaan sebuah mesin inovasi Viveve, berkepupayaan untuk memulih tisu faraj hanya dalam masa 30 minit untuk satu-satu sesi.
Menurut sebuah hasil kajian yang dijalankan oleh Viveve, ramai di antara wanita yang berasa malu untuk berkongsi masalah kelonggaran faraj bersama pakar perubatan atau mungkin juga mereka ini kurang berpengetahuan dalam hal ini. Bahkan, 48% wanita telah menyatakan bahawa mereka bimbang jika faraj mereka akan longgar setelah mengalami proses kelahiran normal kerana ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan kenikmatan hubungan seksual seseorang bersama pasangan mereka.
Oleh yang demikian, Dr. Alice Prethima, Pengasas dan Pengarah Pakar Perubatan di Pusat Perubatan Kecantikan Dr. Alice berasa terpanggil untuk memperkasa wanita dengan membekalkan solusi strategik, memperkenalkan rawatan yang berasaskan tenaga frekuensi radio (RF) bagi merangsang semula penghasilan kolagen semula jadi dalam tisu faraj wanita.
Terbukti secara klinikal bagi mengetatkan faraj, rawatan ini sesuai untuk wanita yang berumur dan aktif seks, terutamanya mereka yang telah melalui proses bersalin secara normal. Boleh dikatakan, tisu introital (pembukaan) pada faraj akan menjadi terlalu rengang lalu membuatkan ia longgar sehingga penghidap mengalami ketidakpuasan seks sekaligus menjejaskan kualiti serta kebahagian hidup mereka bersama yang tercinta.
Ketika proses rawatan yang mengambil masa kira-kira 3o minit itu berlangsung, seorang pengamal perubatan akan memasukkan ‘tip rawatan’ sebesar ibu jari di bahagian dalam pembukaan faraj. Rawatan ini diperakui tidak menyakitkan, malah sensasi kesejukkan dapat dirasa dan ianya mengambil masa yang sangat singkat!
Ianya berkesan dan ramai wanita telah berpuas hati dengan hasil yang dikecapi dalam masa 30 hari selepas menerima rawatan. Rawatan ini cukup untuk dilakukan sekali, tetapi dalam masa yang sama, ada juga kes yang memerlukan pesakit mengulangi prosedur rawatan yang kedua bagi mengekalkan hasilnya.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.viveve.com atau www.dalicetouch.com untuk sebarang maklumat tentang temu janji rawatan.
Tonton Video Penerangan Cara & Hasil Rawatan Faraj Viveve