Antabax, jenama penjagaan peribadi yang berstatus halal kini bergabung dengan sebuah stesen radio kegemaran ramai Hot FM untuk memberi pendedahan di samping meraikan kaum muslimin dan muslimat betapa pentingnya menjaga kesihatan tangan serta untuk mengambil makanan yang berkhasiat ketika berbuka.
Bagi para muslim sekalian, Ramadhan adalah bulan yang penuh berkah iaitu waktu yang sangat afdal untuk kita semua muhasabaha diri, memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik serta merendah diri kepada tuhan dalam pada sambil kita menahan lapar dan dahaga dari sebelum subuh hinggalah masuknya waktu maghrib.
Semasa berlangsungnya kempen ‘Geng Puasa’, Antabax dengan bantuan Hot FM Zoomerz akan memberikan hidangan makanan lengkap yang merangkumi nasi, ayam, sayur-sayuran, buah serta air mineral kepada mereka yang melalui jalan-jalan sesak di sekitar Kuala Lumpur.
Tidak ketinggalan, Antabax turut akan memudahkan anda dengan menyumbang satu set pembersih tangan Antabax (hand sanitizer) yang turut mengandungi pek kain pencuci Antabax (cleansing wipes) serta sampel krim mandian Antabax kepada setiap orang awam yang bertuah agar senang untuk mereka tetap berbuka puasa meskipun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Kini, tiada lagi masalah untuk anda yang sibuk dengan tugasan harian menikmati makanan berbuka walaupun tangan tidak dibasuh dengan air kerana adanya pembersih tangan cecair Antabax yang mampu menghapus kuman dan kotoran dalam sekelip mata!
Bukan itu sahaja, sesiapa yang menyertai kempen ini juga secara tidak langsung bakal menerima baucar Antabax yang boleh ditebus untuk membeli beberapa produk jenama itu di cawangan Watsons berdekatan.
Bermula hari ini, 10 Jun 2016, Hot FM Zoomerz akan menemui anda di Ampang Point manakala di Stesen LRT Masjid Jamek pada 17 Jun 2016 akan datang. Jangan ketinggalan untuk menyerbu kedua-dua kawasan itu pada hari yang sepatutnya untuk mendapatkan makanan berbuka serta set pembersih tangan dari Antabax secara percuma!
Untuk keterangan lanjut berkenaan kempen ‘Geng Puasa’, sila lawat laman Facebook Antabax di www.facebook.com/NewAntabax atau teruskan mendengar Hot FM untuk pemberitahuan langsung.