Kesihatan, Makanan, Pilihan, Ramadhan & Aidilfitri, Resipi

RESEPI: Variasikan Menu Iftar & Lebaran 2016 Dengan 5 Pencuci Mulut Quaker Oats Ini

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
RESEPI: Variasikan Menu Iftar & Lebaran 2016 Dengan 5 Pencuci Mulut Quaker Oats Ini

ANDA TAHU TAK? Memakan oat adalah cara paling pantas untuk membekalkan pagi anda dengan nutrisi serta tenaga yang diperlukan oleh badan!

IKLAN

Tetapi selain daripada memakan oat dengan cara hidangan bubur biasa, anda sebenarnya boleh mempelbagaikan hidangan oat untuk menjadikannya menu pencuci mulut yang sihat legai enak untuk dikongsi bersama :)

Di sini, Wanista sediakan 5 resepi yang boleh anda manfaatkan sebagai menu pencuci mulut sepanjang bulan ramadhan ini, atau mungkin juga sebagai hidangan kepada tetamu sewaktu Aidilfitri yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi!

 

#1 Kek Mini Koko & Nana

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengandungi khasiat: Serat, Vitamin B1, Vitamin B2, Zat Besi & Magnesium.

Bahan:

  • 1 camca teh minyak memasak tidak tepu untuk tujuan mengris loyang muffin
  • 1 1/4 cawan tepung gandum penuh
  • 1 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
  • 1/2 cawan gula
  • 3/4 cawan susu rendah lemak
  • 1/2 cawan serbuk koko asli tanpa gula
  • 2 camca teh sudu tepung penaik
  • 1/4 camca teh soda bikarbonat
  • 2 biji pisang bersaiz serdehana besar (dikupas & dilenyek)
  • 4 sudu besar merjerin (dicairkan)
  • 2 biji putih telur, dipukul sedikit
  • 1 camca teh esen vanila
  • 4 sudu teh cip coklat

Cara:

  1. Panaskan oven 250°C
  2. Gris loyang muffin degan rapi menggunakan minyak masak yang telah disedikan
  3. Dalam mangkuk besar, campurkn tepung, oats, gula, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat bersama.
  4. Menggunakan mesin pemukul, campurkan pisang lenyek, susu, marjerin, putih telur dan esen vanila. 
  5. Setelah selesai, masukkan campuran kering tepung ke dalam campuran basah pisang tersebut. Gaul sebati.
  6. Masukkan campuran muffin ke dalam loyang tetapi pastikan campuran tidak terlalu penuh kerana muffin akan mengembang.
  7. Letakkan cip coklat sebagai hiasan di bahagian atas campuran muffin berkenaan.
  8. Bakar selama 10 – 12 minit
  9. Cucuk dengan kayu untuk lihat jika muffin telah benar-benar masak.
  10. Biarkan muffin sejuk seketika sebelum anda alihkannya keluar dari loyang.

 

IKLAN

#2 Biskut Berkacang Rapuh

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengandungi khasiat: Vitamin B3, Vitamin E, Asid Folik, Serat & Protein.

Bahan:

  • 1 camca teh marjerin untuk tujuan mengris kertas pembalut aluminium
  • 2 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
  • 1 1/4 cawan tepung gandum penuh
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1 cawan marjerin disejukkan dan dipotong kepada beberapa bahagian
  • 1 cawan gula aising
  • 2/3 cawan gula perang yang tidak berbuku
  • 1 1/2 sudu besar air
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 cawan kacang pilihan anda yang telah siap dipanggang kering, ditabur sedikit garam dan dihiris kasar
  • 1/2 cawan coklat separa manis

Cara:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Alaskan dulang oembakar dengan kertas aluminium (aluminum foil) da griskan kertas aluminium tersebut dengan marjerin.
  3. Dalam mangkuk, gabungkan oats, tepung dan serbuk penaik sehingga sebati.
  4. Campurka  pula marjerin dan pukul campuran dengan kadar putaran serdehana menggunakan mesin pemutar sehingga campuran kelihatan rapuh.
  5. Setelah itu, campurkan pula gula aising, gula perang, air dan esen vanila. Gaul sebati sehingga ia membentuk doh.
  6. Bahagikan doh kepada dua bahagian
  7. Ratakan satu bahagian doh menggunakan tangan yang disapu dengan sedkit tepung sehingga membentuk satu segi empat tepat.
  8. Ulang langkah yang sama untuk doh satu lagi.
  9. Bakar biskut itu selama 20 – 25 minit atau sehingga ia bertukar menjadi keemasan. Jangan lupa untuk terbalikkan doh yang sedang dibakar ke bahagian yang sebelah lagi selepas 12 minit pertama ia dibakar.
  10. Taburkan kepingan coklat di atas biskut yang masih panas. Biarkan coklat mencair dan melitupi keseluruhan bahagian atas biskut.
  11. Alihkan biskut dari dulang pembakar, patahkan ia ke beberapa kepingan sebelum dihidang dan dinikmati bersama! 

 

#3 Bar Buah-Buahan Bijian Penuh

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengandungi Khasiat: Karbohidrat, Serat, Vitamin & Mineral.

Bahan:

  • 3/4 cawan gula perang
  • 1 cawan yogurt rendah lemak tanpa gula
  • 2 biji putih telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar susu rendah lemak
  • 2 camca teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan tepung gandum penuh
  • 1 camca teh soda bikarbonat
  • 1 camca teh serbuk kayu manis
  • 3/4 camca teh garam
  • 3 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
  • 1 1/2 cawan buah-buahan campuran kering, kismis atau kranberi kering

Cara:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Gris dulang pembakar 13″x9″ menggunakan minyak 
  3. dalam mangkuk besar, campurkan gula, yogurt, telur, minyak, susu dan esen vanila bersama. Gaul sebati.
  4. Dalam mangkuk serdehana besar, campurkan bahan kering seperti tepung, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Gaul sebati.
  5. Gabungkan campuran kering dan basah bersama. Gaul lagi sehingga sebati.
  6. Campurkan sekali oats dan buah-buahan campuran kering bersama.
  7. Tuangkan doh di atas permukaan dulang pembakar secara sekata.
  8. Bakar selama 30 minit atau sehingga ianya menjadi perang.
  9. Alih dan sejukkan ia di atas redai kek
  10. Potong kepada beberapa bahagian bar dan simpan dan bekas kedap udara supaya tahan lama dan tidak lemau.

 

#4 Strawberry Shortcakes

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengandungi khasiat: Serat

Bahan:

  • 1/2 cawan tepung gandum penuh
  • 1/2 cawan tepung serbaguna
  • 1 cawan Quaker Instant/Quick Cooking Oats
  • 2 sudu besar gula
  • 1 camca teh serbuk penaik
  • 1/4 camca teh garam
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1/2 cawan susu lemak rendah
  • 8 camca teh jam strawberi pilihan anda

Cara:

  1. Panaskan oven 220°C
  2. Dalam mangkuk, gabungkan tepung, oats, gula, serbuk penaik dan garam.
  3. Tambahkan marjerin dan susu
  4. Gaul sebati sehingga kesemua ramuan kering itu tadi menjadi lembab.
  5. Satukan doh sehingga menjadi seperti bola dan uli ia di atas permukaan yang telah ditabur dengan sedikit tepung.
  6. Tumbuk doh dengan ringan sambil ratakan ia untuk mendapatkan ketebalan setengah inci.
  7. Guna acuan biskut berbentuk bujur untuk potong doh tersebut kepada beberapa bahagian shortcakes
  8. Manakala, gunakan pula acuan biskut berbentuk bujur yang lebih kecil berbanding acuan tadi untuk memotong bahagian tengah shortcakes-shortcakes itu tadi.
  9. Letakkan shortcakes di atas dulang pembakar yang kering tanpa sebarang gris. 
  10. Bakar selama 12 – 14 minit atau sehingga keperangan.
  11. Hidangkan bersama jem strawberi seperti di dalam gambar.

 

#5 Pai Oat & Epal

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Mengandungi khasiat: Serat & Flavonoid

Bahan:

  • 8 sudu besar tepung gandum penuh
  • 8 sudu besar Quaker Instant/Quick Cooking Oats (hancurkan sehingga menjadi serbuk)
  • 1/8 camca teh garam
  • 6 camca teh minyak masak
  • 8 sudu besar susu rendah lemak

Bahan Inti Pai:

  • 2 camca teh marjerin (dicairkan)
  • 3 sudu besar susu rendah lemak
  • 1 sudu besar gula
  • 10 sudu besar Quaker Instant/Quick Cooking Oats
  • 6 sudu besar kismis
  • 1 biji epal bersaiz serdehana (didadu sebesar 1cm)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar madu
  • 1 camca teh gula + serbuk kayu manis (cinnamon sugar)
  • 1/8 camca teh garam

Cara:

  1. Panaskan oven 180°C
  2. Gabungkan tepung, oats dan garam di dalam mangkuk dan gaul menggunakan tangan. Curahkan minyak dan susu sehingga tekstur campuran tepung berubah menjadi seperti kerak roti.
  3. Uli campuran tepung kering berkenaan (jika campuran agak melekit dan basah, tambah sedikit tepung manakala jika campuran terlalu keras, titiskan sedikit susu sehingga anda dapat tekstur doh lembut yang anda mahukan)
  4. Hamparkan doh yang telah diuli dan dilenyek kemas di atas piring bertutup, masukkan di dalam peti sejuk sebentar dan biarkan doh rehat selama 1 jam.
  5. Kemudian, keluarkan doh, hamparkan ia di dalam loyang pai bersaiz 8 inci -menutupi segala ruangan yang ada secara terperinci. Bakar selama 30 minit sehingga ia menjadi perang.
  6. Untuk inti, campurkan marjerin cair bersama susu, gula, oats, kismis, jus lemon, madu, gula + serbuk kayu manis dan garam.
  7. Tuangkan inti ke dalam kerak pai dengan sekata.
Foto -Quaker Malaysia/facebook
Foto -Quaker Malaysia/facebook

 

Selamat mencuba!