Kesihatan

Kajian : Pakar Sahkan Sandal Crocs Tidak Sesuai Dipakai Lama

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kajian : Pakar Sahkan Sandal Crocs Tidak Sesuai Dipakai Lama

Melihatkan pada reka bentuknya, ramai yang mengganggap sandal ini selesa. Tetapi tahukah anda doktor pakar kaki telah mengesahkan, sandal Crocs ternyata tidak sesuai digunakan sehari suntuk  atau dalam jangka masa yang panjang.

IKLAN

Seorang pakar Institut Tulang dan Sendi Illinois di Chicago, Dr Megan Leahy memberitahu, pemakaian Crocs untuk jangka masa panjang adalah tidak sesuai kerana ia hanya memberikan sokongan yang baik pada lengkungan kaki dan tidak di bahagian tumit.

“Crocs boleh dipakai di tepi pantai atau kolam renang, namun ia tidak sepatutnya dipakai ketika berjalan jauh. Saya juga sedar bahawa kanak-kanak malah orang dewasa cenderung untuk tersadung dan terjatuh ketika memakai Crocs,” kata Leahy.

Tambahnya, apabila tumis berada dalam keadaan tidak stabil, ibu jari kaki cenderung untuk mencengkam dan ini boleh menyebabkan penyakit tendinitis, kecacatan pada ibu jari kaki, masalah kuku dan kulit kering yang menebal.

Masalah sama juga boleh berlaku jika seseorang kerap memakai selipar atau kasut jenama lain tanpa sokongan di bahagian tumit, lapor Huffington Post.

Presiden Akademi Perubatan Sukan Kaki Amerika, Dr Alex Kox juga mengatakan bahawa ciri paling penting bagi sepasang kasut ialah jenis kasut yang dipanggil ‘shank’ iaitu satu struktur yang menyokong antara bahagian tumit dan ibu jari.

SUMBER

IKLAN