Melihatkan kemajuan pembangunan yang semakin pesat, banyak perumahan bertingkat seperti pangsapuri dan kondominium dibangunkan demi memenuhi keperluan rakyat masa kini.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh IKEA mendapati, ruang adalah keperluan yang sering dititik beratkan oleh rakyat Malaysia apabila membeli rumah. Bukan itu sahaja, 8 daripada 10 warga Malaysia tinggal di kediaman bersama dengan adik-beradik serta orang tua mereka di bawah satu bumbung.
Apabila terlalu ramai individu yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah, ini mungkin membuatkan ruang semakin berkurang malah, ia agak menyukarkan bagi individu yang seharusnya lebih sistematik dengan rutin harian mereka yang sibuk.
Bukankah kehidupan anda akan menjadi lebih sempurna dan teratur jika ruang penyimpanan serta susunan keperluan harian anda diatur dengan rapi supaya anda bisa mendapatkan apa yang anda cari dengan lebih efisyen dan mudah? Apabila anda tahu dimana anda menyimpan barangan anda secara spesifik, anda pasti mempunyai banyak lebihan masa untuk melakukan perkara yang lebih mustahak.
IKEA sentiasa peka dan komited untuk membawakan barangan yang bukan sahaja cantik dari sudut rekaannya malah memiliki kepelbagaian fungsi yang versatile, sesuai untuk kehidupan moden keluarga masa kini.
Ini adalah tips yang disedikan oleh pakar pengurusan rumah untuk menjadikan kediaman anda lebih mesra dan selesa didiami.
#1 Simpan Barang Ditempat Yang Mudah Dicapai
Pernah berdepan dengan masalah sukar untuk mencari barang yang anda perlukan? Jadi, apa kata anda kemaskan sistem penyusunan barangan aksesori anda menggunakan ruang penyimpann mudah alih dari IKEA yang memiliki petak-petak serta ruangan istimewa untuk dimuatkan oleh keperluan genit anda. Jadi, tidak perlulah anda membazir untuk membeli almari baru, sebaliknya hanya perlu melengkapkan almari anda dengan kotak-kotak serta bekas ruangan khas seperti “Komplement”.
#2 Penyimpanan Jangka Panjang
Item seperti selimut, cadar, dan alas tilam sememangnya memerlukan ruang simpanan yang berkesan kerana ia tidak perlu ditukar selalu. Jadi, untuk menjimatkan ruangan simpanan secara berkesan, anda boleh kumpul item tersebut dan dibungkus dalam plastik vakum kedap udara supaya ia boleh dimuatkan dalam ruang simpanan yang kecil.
Untuk memelihara tekstil dan fabrik barangan anda menjadi hapak, anda boleh menyimpan ia di dalam bakul yang membolehkan udara keluar dan masuk. Anda pasti berasa senang hati kala ada tetamu yang mahu bermalam di rumah anda selepas ini.
#3 Simpan Kasut Dalam Ruang Simpanan Menegak
ramai di antara kita yang sayangkan kasut betul? Tetapi, alangkah lecehnya apabila hendak memelihara kasut dari dihinggap habuk dan debu.
Dalam rumah yang kecil, anda selalunya tidak mempunyai bilik khas yang menempatkan aksesori, baju, bag dan kasut anda. Oleh itu, ruang simpanan “Skubb”, “IKEA Pax” dan “Trones” menawarkan anda denagn seleksi gaya penyimpanan yang lebih versatile bahkan, anda boleh melekapkan rak kasut unik ini pada permukaan dinding. Kini, tiada lagi masalah kasut berdebu sekaligus memudahkan untuk mencari kasut kegemaran anda setiap hari!
#4 Cipta Ruang Tamu Yang Teratur
Ruang tamu adalah tempat utama di dalam rumah yang akan dimanfaatkan setiap hari. Boleh dikatakan, ianya adalah ruang untuk semua. Sehubungan dengan itu, ruang tamu yang kemas dan bersih akan bisa menyerlahkan aura persekitaran yang damai untuk keluarga dan para tetamu yang berkunjung.
Gunakan kotak atau bekas-bekas khas untuk menyimpan barangan di ruang tamu. Kotak dan bakul terutamanya boleh menyelesaikan masalah barang berselerak.
Sebagai contoh, gunakan kotak BESTÅ and KALLAX untuk memudahkan penyimpanan serta membuatkan ruang tamu anda kelihatan menarik!
#5 Guna Cara Penyimpanan Modular
Kanak-kanak mempunyai barangan yang banyak dalam proses tumbesarannya. Dari menukar perabot lamanya, lebih biak anda menambah baik sistem penyimpanan menggunakan kaedah mudah dengan hanya menggunakan inovasi IKEA yang boleh dilaras. Kesemua produknya adalah selamat untuk kegunaan kanak-kanak serta mesra pengguna. Khas untuk si kecil, rangkaian IKEA PATRULL metangkumi pagar keselamatan, pelindung jari untuk setiap pintu dan laci.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ikea.com/my