Ramadhan & Aidilfitri, Resipi

[ Menu Iftar ] Resepi Tomyam Paling Mudah Dibuat, Tomyam Santan Ala Thai

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Menu Iftar ] Resepi Tomyam Paling Mudah Dibuat, Tomyam Santan Ala Thai

Dah fikir menu untuk berbuka puasa nanti? Untuk wanita yang bekerja, mungkin anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan juadah disebabkan kekangan kerja malahan berdepan dengan trafik lagi. Jadi, apa menu yang sesuai dan mudah dibuat untuk dijamu seisi keluarga.

IKLAN

Ini dia TOM KHA SAL (Tomyam Santan Ala Thai) yang serius mudah, hanya campak je kesemua bahan. Siap!

Bahan yang diperlukan :

  • 150 ml santan
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 tangkai cili padi
  • 3 hirisan lengkuas
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • ½ sudu sos ikan
  • ½ sudu gula
  • ½ sudu stok ayam
  • 2 sudu air limau nipis
  • 100 gm ayam – dipotong kecil

Cara membuatnya :

  • Masukkan santan ke dalam periuk besar dengan sedikit air.
  • Kemudian masukkan ayam dan bahan-bahan perasa.
  • Masak sehingga mendidih.
  • Siap.