Fesyen, Ramadan & Aidilfitri

Lazada Lancar Kempen Riang Ria Raya, Nikmat Dikongsi Bersama

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Lazada Lancar Kempen Riang Ria Raya, Nikmat Dikongsi Bersama

Lazada kembali memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi membeli-belah dan penjualan barangan nombor satu di Malaysia dengan kempen Riang Ria Raya yang akan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih besar dan menarik untuk rakyat Malaysia. Dengan tema Nikmat dikongsi Bersama, kempen ini akan membawa jenama-jenama yang popular, kerjasama dan promosi yang menarik, pelbagai pilihan barangan yang menakjubkan, dan pertandingan mega dengan pelbagai hadiah – tidak termasuk dengan perkhidmatan dan pengalaman membeli belah yang dinaik taraf – semua adalah untuk membantu rakyat Malaysia membeli-belah sempena Hari Raya dengan lebih berbaloi di Lazada.

IKLAN
Ketika sesi pelancaran Kempen Riang Ria Raya Lazada. Foto - Arkib Wanista
Ketika sesi pelancaran Kempen Riang Ria Raya Lazada. Foto – Arkib Wanista

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh nantikan semasa kempen Riang Ria Raya Lazada termasuklah L’Oreal Paris, V’Asia, Pensonic, Honor, Kinohimitsu, Maybelline, Garnier, Intel, Tefal, Nestle, Guardian, Sandisk, Caring Pharmacy, Wenger, Coleman, Roscani, Radioshack, Jabra, JBL, Brand’s, Scholl, Dettol, Zawara, Tesco, Samsung, CT Hardware dan GNC Live Well.

Lazada baru-baru ini telah membuka sebuah cawangan logistik (pusat pemenuhan keperluan) – bangunan kemudahan terbesar untuk Lazada di Asia Tenggara – di Subang Jaya. Dengan kewujudannya, Lazada turut menambah beberapa perkhidmatan termasuklah “High-Speed Delivery” (Penghantaran Laju Tinggi) yang membolehkan para pelangaan menerima tempahan mereka dalam tempoh 24 jam. Lazada juga mempersembahkan laman utama dan aplikasi mudah alih yang telah direka bentuk semula supaya rakyat Malaysia dapat membeli-belah untuk seisi keluarga melalui perkakasan mudah alih mereka untuk musim perayaan dengan lebih mudah.

Pertunjukan fesyen di Kempen Riang Ria Raya Lazada. Foto - Arkib Wanista
Pertunjukan fesyen di Kempen Riang Ria Raya Lazada. Foto – Arkib Wanista

Kempen Riang Ria Raya Lazada akan dilancarkan sepenuhnya bermula dari 7 Jun hingga 11 Julai di www.lazada.com.my. Tema Lazada tahun ini iaitu Nikmat Dikongsi Bersama adalah bertepatan dengan niat pusat beli-belah dalam talian ini yang turut mengumumkan pertandingan mega untuk para pelanggan dengan berbagai-bagai jenis hadiah termasuklah telefon bimbit, barangan elektronik, perkakasan rumah, jam tangan, dan pelbagai lagi.