Anda pernah bergelut dengan beg tangan yang sarat dengan pelbagai produk kecantikan namun tidak menjumpai apa yang anda perlukan sebenarnya?
Inilah masanya untuk anda mendapatkan Aqua Jelly, satu rangkaian produk serba lengkap untuk kecantikan rambut, wajah dan juga badan daripada jenama Lip Hop k-care. Dengan fungsi 8 dalam 1, Aqua Jelly memberikan anda satu inovasi dalam penjagaan kecantikan, di mana ia boleh digunakan daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Selain itu, Lip Hop juga memperkenalkan rangkaian produk HAPPYCLEANSE, pembersih muka lengkap untuk kegunaan harian dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit.
Diformulasi dan merupakan produk buatan Korea, koleksi Aqua Jelly dan HAPPYCLEANSE ini menggunakan ekstrak botani untuk memenuhi kehendak jenis kulit yang berbeza. Kesemua produk Lip Hop telah diuji dan terbukti secara dermatologi bagi membantu anda mengekalkan kejelitaan kulit agar kekal muda dan berseri.
Terdapat dalam 4 varian berbeza, koleksi gel Lip Hop Aqua Jelly ini bakal menjadi set penjagaan kecantikan serba lengkap daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki dimana ia memberi anda 8 manfaat berbeza :
- Sebagai gel pelembap atau ‘mask’ untuk kulit wajah yang kering.
- Asas ‘make – up ‘ untuk wajah yang lebih berseri.
- Bertindak sebagai gel selepas bercukur, sesuai untuk muka, bawah lengan dan juga kaki bagi melembapkan kulit yang sensitif.
- Sebagai rawatan rambut tanpa rasa melekit.
- Digunakan sebagai ‘mask’ untuk penghidratan kulit selepas terdedah pada sinaran matahari.
- Untuk melembap dan memelihara kuku anda.
- Pelembap serba lengkap dan ideal untuk mereka yang bekerja di persekitaran yang berhawa dingin. Lip Hop Aqua Jelly juga dapat melegakan kawasan mata anda dengan menyapunya menggunakan kapas.
- Bertindak sebagai pelembap bibir bagi mereka yang mempunyai masalah bibir pecah.
Rahsia produk ini adalah kandungan pelembapnya yang tinggi dengan formulasi berasaskan air selain diperkaya dengan ekstrak botani.
Lip Hop juga muncul dengan rangkaian penjagaan wajah k:skin buatan Korea, Lip Hop HAPPYCLEANSE. K:skin dan K:care adalah dua tren penjagaan kulit masa kini yang popular di Korea, yang menampilkan produk yang membersih serta melembap tanpa menjadikan kulit anda kering.
Kesemua koleksi ini anda boleh dapatkan di outlet Guardian seluruh Malaysia.