Bersempena Bulan Ramadhan yang penuh berkah ini, apa kata anda undang kaum keluarga, sahabat-handai mahupun rakan pejabat anda untuk mencipta suatu memori yang indah di Grand Millenium Kuala Lumpur.
Berlangsung dari 6 Jun hingga 5 Julai 2016 dari jam 7pm hingga 10pm, The Mill Café akan menganjurkan pakej berbuka Kembara Selera yang terdiri daripda hidangan buffet berkonsepkan bazar makanan. Kesemua makanan dihidang di dalam 24 buah gerai serta stesen memasak yang menampilkan makanan yang dimasak secara segar dan dihidang terus dari atas dapur.
Siap sedia untuk disambut dengan pelbagai lorong yang dinamakan dengan berdasarkan nama jalan-jalan popular sekitar Kuala Lumpur sebaik sahaja anda tiba di The Mill Café nanti.
Lebih 100 jenis juadah yang disediakan istimewa khas buat anda. Ya! Semuanya terhidang megah di bawah satu bumbung!
Ayuh menyusur ke Jalan Bukit Bintang untuk menjamu pembuka selera seperti buah-buahan potong, manisan pencuci mulut yang enak, malah tambah selera anda dengan makanan yang ada di Jalan Tuanku Andul Rahman yang terdiri dari makanan laut, variasi sushi, Murtabak Ayam, Daging Masak Merah, Ayam percik Kelantan, Asam Pedas Ikan Nyonya serta Daging Goreng.
Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir berbuka puasa di sini juga bisa menikmati kelazatan air tangan Chef Makhan Singh untuk masakan Ayam Tandoori sebelum meneruskan jelajah makan-makan anda di Jalan Sultan Ismail dan Jalan Petaling yang diserikan dengan juadah Ikan Bakar, Ayam Panggang, Pasta ala Casa, Asam Laksa Penang, Sup Tulang, Bubur Lambok dan banyak lagi.
Jangan lupa basahkan tekak dengan aneka minuman segar di Jalan Chow Kit, seterusnya boleh singgah ke lori yang menghidangkan makanan panas sampingan yang boleh dicicah dengan sos untuk lebih sensasi rasa pedas.
Untuk mengakhiri acara berbuka puasa yang meyeronokkan ini pula, kunjungi Jalan Bangsar yang menawarkan Char Kuey Teow, pelbagai pilihan Sate serta Kambing Panggang.
Harga yang ditawarkan untuk pakej berbuka puasa ala bazar ini adalah RM148 seorang. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli pakej dengan harga yang lebih murah iaitu pada RM118 seorang apabila membuat tempahan sebelum 5 Jun 2016! Cepat sebelum promosi tamat!
The Mill Café bertempat di tingkat 1, Grand Millennium Kuala Lumpur. Kesemua harga yang ditawarkan adalah termasuk 6% GST. Bayaran pendahuluan diperlukan untuk membuat tempahan. Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah anda menghubungi terus talian 03 – 21174163 atau email kepada mill.gmkl@millenniumhotels.com.