Berita & Isu Semasa

Rakyat Malaysia Boleh Lihat Jelas Planet Zuhal Jumaat Esok!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Rakyat Malaysia Boleh Lihat Jelas Planet Zuhal Jumaat Esok!

Rakyat Malaysia berpeluang melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia selepas matahari terbenam, pada Jumaat esok.

IKLAN

Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cecincin yang utama terdiri kebanyakannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Observatori Negara Langkawi, Farahana Kamarudin, berkata istiqbal adalah posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi.

“Apabila dilihat menerusi mata kasar, ia akan kelihatan seperti bintang yang cerah,” katanya. 

Planet itu akan berada di sebelah timur dengan buruj Scorpio. Jika menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan perisian Google Sky atau StarMap untuk membantu menjejak planet itu. Planet Zuhal mengambil masa selama 29.5 tahun (10,759 hari) untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari.

Planet Zuhal akan berada pada posisi istiqbal ini setiap 378 hari dan jangkaan seterusnya akan berlaku pada 15 Jun 2017. Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal adalah pada 23 Mei 2015. Jadi, apa tunggu lagi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan planet Zuhal ini yang muncul hanya setahun sekali.

SUMBER

IKLAN