Kafe Korea kini mula meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Anda namakan sahaja, Caffe Benne, Dal. Komm Coffee, Coffea Coffee dan banyak lagi semua ada di sini. Setiap kafe tersebut mempunyai keunikan tersendiri dan menarik untuk dicuba.
Jenama kafe pencuci mulut premium Seoul, MangoSix adalah salah satu kafe yang paling popular di Korea Selatan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Kang Hoon, MangoSix begitu popular sekitar tahun 2012 selepas menjadi pilihan kopi dalam siri komedi “A Gentleman’s Dignity” dan sejak itu mula mengatasi Starbucks dengan pendapatan tahunan sebanyak 100 billion won! Bukan itu sahaja, populariti MangoSix terusan meningkat selepas menjadi lokasi pengambaran dalam drama hebat The Heirs.
Setakat ini, MangoSix mempunyai lebih 500 cawangan di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan hari ini, kedai pertamanya di Malaysia telah dibuka secara rasmi.
Jadi, apa yang menarik sangat tentang MangoSix ini? Ianya menggabungkan kopi utama dan espresso dengan pencuci mulut dan jus dalam suasana kafe-kedai roti yang selesa dan kasual, serta paling win adalah manggo smoothie dan ice flakes, antara hidangan bestseller.
Bukan itu sahaja, MangoSix percaya akan hidangan pencuci mulut yang sihat, sebagai contoh minuman mereka dibuat dengan 100% jus mangga yang segar. Tahukah anda, disebalik keenakannya tersimpan pelbagai khasiat yang baik untuk tubuh? Mangga baik untuk menurunkan kadar kolestrol, menghaluskan kulit, melegakan panas dalam, membantu pencernaan dalam tubuh serta banyak lagi.
Baca artikel kami : KHASIAT TERSEMBUNYI DISEBALIK KEENAKAN BUAH MANGGA
Tak sabar nak rasa mango smoothie mereka, MangoSix dibuka di The Cube, Puchong. Untuk info lanjut, anda boleh lihat Facebook Mangosix Malaysia.