Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.
Dan seperti biasa, kalau bicara tentang hari raya, pasti baju raya menjadi topik hangat lebih-lebih lagi untuk kaum hawa. Ada yang mula mencari koleksi terkini di internet, menempah di tukang jahit pilihan mereka ataupun ke butik-butik untuk melihat koleksi raya yang bersesuaian.
Tahun ini, Milktee ingin meraikan perayaan meriah dengan koleksi Aidilfitri 2016 dengan penuh eksklusif. Koleksi Adilfitri menampilkan 9 rekaan tersendiri yang terdiri daripada top, dress, skirt dan culottes diilhamkan oleh pelbagai jenis pakaian tradisional di Malaysia.
Koleksi ini telah direka khas secara dalaman oleh pereka fesyen Milktee sendiri, Nadhia. Idea di sebalik rekaan adalah untuk membuat pakaian yang boleh dipakai dalam pelbagai acara – tradisional atau moden. Kiranya, ia direka untuk dipakai bukan sahaja ketika musim perayaan atau majlis khas tetapi juga boleh dipakai ke tempat kerja secara kasual.
Koleksi Aidilfitri 2016 oleh Milktee ini menawarkan harga yang berpatutan antara RM69- RM129 dan boleh didapati di laman web Milktee sendiri di www.milktee.nu dan Facebook Milktee. Koleksi ini kini dibuka untuk pra-pesanan dan secara rasmi kepada orang ramai pada 6 Jun.