Johor Mega Sales 2016 kembali dengan pelbagai tawaran yang cukup menakjubkan pada Jumaat ini 3 Jun 2016 di Johor Premium Outlets, destinasi beli-belah terkemuka di Asia Tenggara.
Apa yang menarik, pembeli boleh menikmati penjimatan tambahan antara jam 10 malam sehingga 2 pagi pada hari Jumaat sewaktu membeli-belah di sana.
Antara tawaran dari jenama mewah terkemuka di Johor Premium Outlets termasuk:
- Aigner – tambahan 25% penjimatan storewide
- Bally – tambahan 20% penjimatan storewide
- Burberry – tambahan 20% penjimatan dengan pembelian 3 item
- Coach and Coach Men – 50% + 30% + 10% simpanan
- Ermenegildo Zegna – Nikmati penjimatan sehingga 70%
- Hackett London – tambahan 25% penjimatan storewide
- Hugo Boss – tambahan 25% penjimatan storewide
- Gucci – Nikmati penjimatan sehingga 80%
- La Perla – Nikmati penjimatan sehingga 90%
Bukan itu sahaja, pengguna yang datang semasa waktu tambahan (10 malam – 2 pagi) pada hari Jumaat akan menikmati kopi, teh, ais krim atau yogurt dari Baskin Robbins, The Coffee Bean & Tea Leaf, TCBY Frozen Yogurt dan Starbucks Coffee. Kesemuanya adalah percuma!
Terletak secara strategik di persimpangan North-South Expressway dan Second Link Expressway, Johor Premium Outlets dibuka setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam. Ia mempunyai pelbagai pilihan makanan dan minuman serta pelbagai kemudahan termasuk Information Center, mesin ATM, sewaan kereta bayi dan kerusi roda.
Anda boleh layari http://www.premiumoutlets.com.my/ untuk maklumat lanjut.