Makanan, Resipi

Menu Berbuka : Jom Cuba Resepi Kerabu Sotong

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Menu Berbuka : Jom Cuba Resepi Kerabu Sotong

Hari ni nak berbuka apa? Hurm something yang senang, khasiat dan semestinya menyelerakan. Hah, apa agaknya?

IKLAN

Okay, Wanista cadangkan kerabu sotong. Lagipun menu ini sangat mudah dan tak perlu dimasak. Cuma sotong sahaja yang perlu direbus terlebih dahulu. Bak kata orang, campak-campak sahaja menunya tetapi memang membuka selera!

Bahan-bahan :

  • 3 ekor sotong bersaiz besar – direbus dan dipotong
  • 2 biji tomato – dihiris dadu
  • 1 biji bawang besar – dipotong kecil
  • 1 batang kacang panjang – dipotong kecil
  • 1 genggam kacang tanah – digoreng tanpa minyak
  • 2 biji buah mangga – dipotong nipis
  • 2 biji lada besar – dihiris halus
  • 10 biji lada kecil – dihiris halus
  • 3 biji limau nipis/kasturi – ambil airnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar sebagai hiasan

Cara membuatnya :

  • Gaulkan kesemua bahan di dalam bekas.
  • Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

SUMBER