Susu orang dewasa yang terkenal akan fungsinya yang bisa merangsang kekuatan otot dan tulang, Anlene kini berwajah baru!
Jenama produk tenusu yang terbesar di Malaysia, Fonterra Brands Malaysia giat melancarkan kempen bagi menggalakkan para wanita dan lelaki yang ingin kekal sihat muda remaja meskipun umur telah menjangkau beberapa dekad. Menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan dari dalam, otot dan tulang adalah bahagian dalam badan yang sangat penting untuk melancarkan aktiviti seharian.
Anlene MoveMax yang diramu dengan formulasi baharu ini diperkaya dengan beberapa nutrisi yang boleh bantu memulih dan mengekal kekuatan otot dan tulang termasuklah Kalsium, Kolagen, Protein, Magnesium, Zink serta Vitamin B,C, D dan E.
Jelas Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata, Fonterra sering menjadi telinga kepada paar penggunanya. “Anelene merupakan jenama yang telah dibangunkan sejak 20 tahun iyang lalu untuk membekalkan keperluan khasiat ruji untuk tulang kepada pengguna di sekitar Asia. Anlene kini terkenal sebagai sebuah jenama global yang berjaya yang bukan sahaja tertumpu kepada membekalkan khasiat nutrisi berguna malah menggalakkan para penggunanya untuk sentiasa bergerak bebas tanpa perlu merasa risau dan sakit.”
Sheila Majid yang ikut serta dalam majlis pelancaran Anlene MoveMax tempoh hari juga berkata, “Saya tidak pernah membiarkan umur menghalang saya untuk bergerak tangkas sebaliknya saya yang cuba untuk memperlahankan pergerakkan angka umur saya yang mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan dalaman diri. Dengan mengamalkan Anlene, tiada lagi masalah kesihatan untuk saya runsingkan”.
“Kami mahu menyedarkan semua terutamanya dalam kalangan masyarakat supaya umur hanyalah sekadar nombor. Ia bukanlah menandakan semuanya telah berakhir. Oleh itu, serlahkan diri dengan bekalan kekuatan yang disumbangkan oleh Anlene MoveMax agar anda bisa bergerak bebas seolah jiwa anda muda sentiasa”, tambah Jose Miguel Porraz Lando.
Dapatkan Anlene Movemax di semua pasaraya seluruh Malaysia yang ditawarkan dalam bentuk bancuhan susu tepung serta yogurt. Susu tepung terdapat dalam dua pilihan termasuklah asli dan coklat manakala yogurt pula terdapat dalam empat perisa keseluruhan terdiri dari Mangga, Strawberi, Campuran Buah Beri serta asli.
Untuk keterangan lanjut, sila layari anlene.com.my