Berita & Isu Semasa, Gossip, Hiburan

Gillian Anderson Bakal Tampil Sebagai BOND Wanita Yang Pertama?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Gillian Anderson Bakal Tampil Sebagai BOND Wanita Yang Pertama?

“NAMA saya Bond. Jane Bond.”

IKLAN

Apa akan jadi jika ini dialog pengenalan yang bakal digunakan dalam filem Bond seterusnya?

Bagi para peminat bintang utama X-Files Gillian Anderson, ini satu imaginasi yang perlu ditunaikan oleh penerbit francais perisik handalan 007, MGM Studios.

Gosip hangat tersebut mula tersebar setelah pelakon siri televisyen The Fall itu memuat naik poster filem yang disunting dengan memaparkan dirinya sebagai Bond terbaharu di akaun Twitter.

“Ini Bond. Jane Bond. Terima kasih atas undian semua! (Saya tidak tahu siapa yang buat poster ini tetapi saya sukakannya!” ujar Gillian dalam tweet tersebut.

Undian yang dinyatakan oleh Gillian merupakan kempen media sosial yang menggunakan hashtag#NextBond untuk memilih calon perisik rekaan Ian Fleming tersebut.

Kempen tersebut dijalankan bermula minggu lalu selepas pelakon Bond semasa, Daniel Craig menolak tawaran bernilai 68 juta pound (RM409 juta) untuk membintangi dua lagi filem 007, lapor The Guardian.

IKLAN

‘Cadangan’ Gillian menjadikan Twitter meriah dengan sokongan para peminatnya:

https://twitter.com/aIyciadebnrm/status/734123152452784131

Antara yang pernah disebut-sebut sebagai James Bond baharu termasuklah bintang utama Luther Idris Elba, Tom Hiddleston (Night Manager), Tom Hardy (The Revenant), dan Damian Lewis (Homeland).

SUMBER