Makanan, Resipi

Meh Cuba Resepi Grilled Salmon Bersama Sos Putih Ala Ikea

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Meh Cuba Resepi Grilled Salmon Bersama Sos Putih Ala Ikea

Dekat Ikea selalu makan apa? Meatball? Chicken Wing? Grilled Salmon? Tapi masalahnya nak makan dekat sana punyalah susah sebab tempat sentiasa penuh. Tak tahu bila masanya lengang ataupun kurang pelanggan datang.

IKLAN

Sebab itu, penulis kongsikan resepi makanan ala Ikea tapi bukan meatball, kali ini grilled salmon dengan sos putih berkrim tu. Jadi, anda bolehlah buat untuk keluarga dan makan sepuas hati.

Salmon adalah ikan yang kaya lemak Omega 3 yang dapat meningkatkan kecekapan otak, meningkatkan memori dan tetap segar dan berjaga pada waktu kerja yang panjang. Malah, ikan salmon juga penting untuk mengekalkan keremajaan kulit kerana salmon kaya dengan protein yang mengekalkan kulit yang lebih anjal dan membaiki sel yang rosak.

Anda boleh baca artikel kami : 6 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MAKAN IKAN SALMON

Foto - www.pinterest.com
Foto – www.pinterest.com

Resepi Grill Salmon dengan Sos Putih

Bahan yang diperlukan :

  • 1 sudu butter
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam
  • Lada hitam
  • Limau nipis atau lemon

Tumbuk lada hitam, bawang putih dan garam sehingga separuh hancur. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. Juga masukkan sedikit paprika bagi mereka yang suka pedas. Kemudian perahkan sedikit lemon dan lumurkan butter hingga sebati. Perapkan selama 15 minit. Panaskan kuali. Panaskan kuali dan panggang 10-15 minit, jangan masak terlalu lama untuk elakkan isi ikan menjadi keras.

Bahan-bahan untuk membuat sos :

  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh) 
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara :

IKLAN

Panaskan majerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih, kena sentiasa kacau. Matikan api dan ketepikan.

Ini bahan-bahan untuk menyediakan bergedil sayur :

  • 4 biji kentang yang telah dikopek kulit
  • Brokoli
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

Rebus dan lenyek kentang dan brokoli. Masukkan lada sulah dan garam kemudian sebatikan. Bentukkan mengikut saiz yang anda suka. Sebelum goreng celupkan doh tadi ke dalam telur dan gorengnya sehingga kekuningan.

Sekarang dah siap dan boleh makan!

SUMBER