Peminat K-Drama! Ini berita paling best untuk anda.
Untuk pengetahuan anda, konsert OST drama popular Descendants of The Sun akan diadakan di Malaysia.
Difahamkan, bermula pada bulan Jun, konsert OST ini akan diadakan di empat negara di Asia termasuklah Malaysia, walaubagaimanapun tarikh masih belum ditetapkan lagi.
Pada 22 Mei, wakil drama itu mengumumkan,”Konsert OST akan diadakan di tujuh lokasi di empat negara, termasuk Taiwan, Singapura, Malaysia dan beberapa tempat di China seperti Beijing dan Hong Kong.”
Para pengarah konsert dan penganjur asal dari empat negara yang berbeza telah selesai menandatangi memorandum persefahaman atau sedang dalam proses untuk berbuat sedemikian.
Sebelum ini, konsert OST Descendants of The Sun telah berjaya diadakan pada 14 Mei di Kyung Hee University, Hall of Peace Seoul, di mana adegan dari drama dipamerkan, sekitar belakang tabir sepanjang pembikinan drama dipertontonkan malah highlight untuk lagu-lagu hebat dari drama dipersembahkan oleh penyanyi asal. Bukan itu sahaja, pelakon utama seperti Jin Goo, Kim Ji Won, Lee Seung Jun dan Seo Jung Yeon juga turut hadir.
Wahh anda teruja tak? Mungkin lepas ini Song Joong-ki dan Song Hye-kyo akan turut serta dalam konsert kali ini. Sama-sama kita tunggu!