Keibubapaan

Dutch Lady Malaysia Galak Para Ibu Utamakan Nutrisi Baik Untuk Perkembangan Anak-Anak

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Dutch Lady Malaysia Galak Para Ibu Utamakan Nutrisi Baik Untuk Perkembangan Anak-Anak

Anak lazimnya lebih cenderung untuk menghabiskan proses tumbesarannya bersama dengan si ibu berbanding bapa. Seharusnya, ibu lebih peka akan minat dan harus bijak mengatur permainan bagaimana untuk merangsang kecerdasan otak anak-anak dari peringkat yang paling awal iaitu sedari anak tersebut berumur 1 tahun.

Baru-baru ini, jenama susu formula khas untuk kanak-kanak, Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA giat mengadakan satu forum yang mengetengahkan isu perbincangan mengenai perkembangan anak-anak yang disertai oleh selebriti terkemuka tanah air iaitu Scha Alyahya beserta tiga orang wanita yang bergelar ibu bagi berkongsi pendapat serta pengalaman dalam membesarkan anak-anak terutamanya yang berada dalam lingkungan umur 1 hingga 6 tahun dan ke atas.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Forum yang berkenaan juga merupakan acara awal bagi pengenalan kempen Dutch Lady & Ibu, Langkah demi Langkah Bersama. Matlamat utama kempen ini adalah bagi memberi pendekatan yang jelas kepada para ibu dengan cara yang bagaimanakah lebih efektif untuk membantu meningkatkan pembelajaran serta perkembangan mereka di samping keperluan nutrisi yang optimum.

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak, tempoh lima tahun yang pertama bagi si manja adalah sangat mustahak kerana itu adalah peringkat di mana otak mereka akan berkembang dengan lebih cepat.

Oleh itu, Dutch Lady 4-tahap Nutri Plan dengan 5X DHA ini diformulasi dengan nutrisi khusus bagi menyokong perkembanga otak serta fizikal kanak-kanak. Susu ini juga adalah lengkap, sesuai untuk diminum berlandaskan kebolehan malah selari dengan sifat mutlak kanak-kanak mengikut umur, bermula dengan ‘Sikap Ingin Tahu’ 1-2 tahun (Curious), ‘Meneroka’ 2-4 tahun (Explore), ‘Kreatif’ (Create) 4-6 tahun dan ‘Belajar’ 6 tahun ke atas (Learn).

Scha dan anaknya, Lara Alana. Foto -Arkib Wanista
Scha dan anaknya, Lara Alana. Foto -Arkib Wanista

Dr. Yong Junina Fadzil yang turut hadir, menasihatkan para ibu untuk meluangkan masa untuk berinteraksi bersama si manja mereka. “Selain menyediakan nutrisi yang sesuai untuk pelbagai tahap perkembangan, si manja anda juga memerlukan interaksi positif dengan anda di luar rutin harian yang biasa. Dengarlah kepada si manja anda yang serba ingin tahu apabila dia bertanyakan soalan dan jawab dengan bertanya kepadanya apa yang difikirkannya.

Sempena kempen Nilai Bijak Dutch Lady yang sedang berlangsung, pengguna kini boleh memperoleh 100g secara percuma dengan setiap pembelian pek promo 900g Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA*. Manakala ahli Dutch Lady Moms Club juga boleh memperoleh 2x mata ganjaran bagi setiap pek untuk dikumpul dan menebus Pelan Perlindungan Pendidikan Dutch Lady bernilai RM100,000. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.smartmoments.com.my

BACA  Masih Tiada Anak? Bersyukurlah Sebab Masih Boleh Rasa Nikmat…
Leave a Reply
Your email address will not be published. *