Apa yang lebih menarik dari ruangan simpanan data dalam telefon yang berkebolehan tinggi? Tiada apa yang lebih mengembirakan apabila Samsung Malaysia Electronics menawarkan gajaran Samsung Galaxy Life yang eksklusif bagi para penggunanya.
Pengguna aplikasi Samsung Galaxy Life kini boleh mendapat potongan sebanyak RM200 untuk dua buah model telefon pintar terbaharu keluaran Samsung iaitu Samsung Galaxy A5 serta Galaxy A7. Anda berpeluang berbuat demikian dari hari ini sehingga 30 Jun 2016!
Hanya perlu hadir di mana-mana cawangan Samsung mahupun ke para pengedar Samsung yang sah seluruh Malaysia, daftar masuk ke akaun aplikasi Galaxy Life melalui telefon pintar Samsung milik anda dan cari nilai tawaran yang ditawarkan untuk menebus. Selepas berbuat demikian, anda sudah layak membuat pembayaran bagi pembelian Galaxy A5 mahupun A7 dengan diskaun yang berganda!
Namun, harud diingatkan, penebusan adalah terhad untuk 10,000 pengguna yang pertama sahaja. Jadi apa anda tunggu lagi? Sebarang duplikasi bagi kod penebusan juga adalah tidak sah.
Untuk keterangan lanjut, sila www.samsung.com/my. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Nota: Sebelum pembayaran dibuat, jurujual yang bertugas akan menekan butang “Redeem Now” pada paparan aplikasi Galaxy Life milik anda untuk mencatat kod penebusan Galaxy Life istimewa sebelum kiraan masa tamat. Pelanggan turut akan diberi resit pembayaran/invois yang sah sebaik selepas melakukan pembayaran.