Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencipta sejarah apabila mengharumkan nama negara apabila memenangi Cabaran Rekaan Antarabangsa Latitudes 2016 anjuran University of Westminster, London.
Tiga penuntut terbabit diketuai Mohamad Syaifuladli Mohamad Zaki, 26; Ahmad Azlan Abdul Aziz, 28, dan Nur Deena Ruslan, 24, menggelarkan pasukan mereka sebagai ‘Urban Chimney’.
Semua mereka menuntut dalam tahun pertama program Ijazah Sarjana Seni Bina.
Pasukan itu menjadikan rekaan mereka yang dinamakan ‘Green Intervention’ sebagai taruhan bagi menewaskan 59 pasukan lain dari seluruh dunia.
Tiga penuntut itu memenangi pertukaran pelajar ke Sao Paulo Oktober ini, sekali gus memberi peluang kepada mereka melihat sendiri lokasi penempatan setinggan yang memberikan mereka ilham untuk membuat rekaan ‘Green Intervention’ itu.