Berikutan berita sensasi seorang gadis Malaysia, Christine Jia Xin Lee, 21, yang didakwa kerana menyalahgunakan wang berjumlah jutaan ringgit untuk berbelanja mewah di sekitar Australia akibat kesilapan Westpac Bank yang telah tersilap mengkreditkan wang sebanyak A$4,653,333.02 (RM13,962,898.83).
Tidak kurangnya, ramai yang ternganga kaku apabila melihat senarai penuh barangan yang dibeli menggunakan wang ‘percuma’ berkenaan. Antaranya termasuklah barang kemas, pakaian, vakum pembersih, beg tangan berjenama pereka, kasut, kamera dan banyak lagi!
Selain dibanjiri barangan berjenama yang mahsyur dalam arena fesyen dunia seperti Chanel, Christian Louboutin dan Christian Dior, sekurang-kurangnya Lee memiliki 13 skarf serta variasi beg tangan jenama Hermes termasuklah sebuah beg tangan Himalayan Crocodile Birkin yang berharga A$150,000! Amboi, kalau ditukar kepada wang ringgit Malaysia dah hampir RM500,000 dah tu dik oi!
Di sini Wanista senaraikan antara 10 jenama beg tangan yang termahal di dunia!
#1 MOUAWAD
Mengungguli carta jenama beg tangan termahal di dunia, Mouawad adalah jenama yang berpangkalan di Dubai. Ia sememangnya pakar dalam pembuatan beg tangan mahal untuk individu wanita terkenal di seluruh dunia.
Rekaan beg tangan jenama ini kebanyakkannya bertatahkan berlian, emas dan batu permata berharga yang hanya boleh didapati pada harga $3.8 Juta dan ke atas.
Bukan itu sahaja, Mouawad juga pernah tersenarai dalam Guinness Book of World sebagai beg paling bernilai di dunia!
#2 CHANEL
Chanel adalah salah satu jenama yang paling ikonik dalam arena fesyen dunia. Dengan jumlah wang $261,000, anda bisa menjadi insan yang paling bertuah kerana berpeluang memiliki tas tangan yang dilengkapi perincian mewah seperti berlian dan emas.
Jika anda memiliki beg semahal itu, beranikah anda keluar rumah dengannya? Kalau penulis, penulis takut! Bukan takut apa, takut rosak. Sayanggg!
#3 HERMES
Ini adalah label ikonik Perancis yang lain, Hermes diasaskan pada tahun 1837 yang fokus dalam penghasilan beg tangan, jam tangan serta kasut.
Tahukah anda bahawa Himalayan Nilo Crocodile Birkin seperti yang dibeli oleh Lee itu adalah $100,000 lebih mahal berbanding beg birkin biasa kerana perincian kancingnya bertatahkan berlian, bahkan badan tas tersebut dibaluti kulit buaya autentik sepenuhnya. WOW!
#4 LANA MARKS
Lana Marks terkenal di mata para pencinta fesyen kerana produk kulitnya yang bermutu. Jenama ini sangat digilai selebriti jelita Hollywood seperti Angelina Jolie dan Kate Winslet.
Satu-satunya rekaan yang paling mahal keluaran jenama Lana Marks adalah beg genggam “Cleopatra Clutch” yang mempunyai hampir 1500 butir berlian dan apabila dilelong, ia telah dibeli dengan harga $100,000 -harga paling mahal di dunia ketika waktu itu.
#5 JUDITH LEIBER
Judith Leiber adalah jenama yang berasal dari Hungary sejak tahun 1963.
Banyak aksesorinya dihiasi dengan permata mewah dan kristal. Antara koleksi rekaannya yang paling bernilai adalah sebuah beg genit yang berbentuk bunga mawar, malah diperhalusi dengan perincian berlian serta emas.
Ianya berharga $90,000!
#6 LOUIS VUITTON
Di tangga keenam adalah jenama yang sering menjadi bualan peminat beg tangan seantero dunia, terkenal dek kerana reka bentuknya yang mewah serta cetakan monogram LV.
Tidak lama dahulu, sebuah beg kulit buaya kalis air rekaan Louis Vuitton dilelong pada harga $55,000. Kau hado?
#7 MARC JACOBS
Antara jenama Amerika Syarikat yang berprestij, salah satu rekaannya yang paling mendapat perhatian, tidak lain dan tidak bukan adalah beg Carolyn Crocodile yang pernah terjual pada nilai $50,000 di sebuah majlis lelong.
Rekaannya memang “to die for”!
#8 HILDE PALLIDINO
Jenama ini lahir dari Norway. Pada tahun 2011, Hilde Pallidino telah mengeluarkan beg genit yang dihiasi 40 butir berlian luar biasa yang dijual pada harga $38,000.
Tidak dinafikan, ianya jauh lebih murah berbanding harga Chanel dan Hermes, namun untuk orang-orang biasa macam kita ni beli? Hmm lupakan sahaja.
#9 FENDI
Jenama Itali ini sering digayakan oleh barisan pelakon wanita di dalam drama bersiri kegemaran ramai, “Sex and The City”! Mereka mengakui bahawa Fendi menghasilkan rekaan yang paling halus dan kemas berasaskan material mewah terbaik seperti kulit kambing dan buaya.
Salah satu beg keluaran Fendi yang paling terkenal dijual pada harga $28,000!
#10 PRADA
Meskipun harga yang ditawarkan untuk koleksi serta rekaan beg tangan Prada adalah yang termurah antara 9 jenama lain di atas, ianya merupakan label fesyen paling terkenal di Itali!
Tidak setanding Mouawad dan Judith Leiber, anda sudah mampu memiliki tas tangan Prada pada harga $3,500 atau sedikit mahal $10,800 untuk sebuah Ostrich Double Tote yang diperbuat dari kulit burung unta autentik.
Jadi, berapakah jumlah yang paling banyak pernah anda belanjakan demi sebuah beg tangan?
Ada wanita yang berani melaburkan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkan beg tangan mahal, namun bukan semua yang mampu kan? Beruntunglah bagi mereka yang mampu membeli beg tangan yang termahal di dunia. Tepuk dada, tanya selera.
SUMBER