Menurut satu survey yang dijalankan, citarasa bentuk badan sempuna seorang wanita adalah berbeza di mata lelaki dan di mata wanita.
Nampaknya, wanita lebih gemarkan bentuk badan boyish yang kurus dan “lurus” manakala lelaki pula sukakan bentuk badan yang lebih curvy, dengan dada dan pinggul yang penuh. Contoh terbaik adalah mereka idamkan bentuk badan persis Kim Kardashian.
Kini heboh pula seorang wanita Latin, Aleira Avendano yang berasal dari Venezuela obses untuk memiliki badan seksi. Dipetik dari portal asiantown.net, Aleira memakai korset selama 23 jam sehari dan melakukan pembedahan plastik sebanyak 25 kali dalam tempoh masa 9 tahun semata-mata untuk mendapatkan tubuh seksi idaman. Wow, serius nekad wanita ini.
Wanita berusia 27 tahun kini mempunyai saiz payudara 38DD, pinggang yang hanya 20cm, punggung 46 ini mengaku mula melakukan pembedahan plastik ketika usia baru mencecah remaja 18 tahun. Dan selama itu, terusan melakukan operasi terhadap payudara, punggung, hidung, pipi, dagu, tulang rusuk dan juga bibir. Malah, Aleira turut menekankan soal pemakanan agar keseksian tubuhnya maintain.
Aleira mengatakan, “Saya merasa sangat bangga dengan tubuh sekarang, Ramai orang memberitahu saya sangat seksi dan cantik. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa orang yang merasakan saya keterlaluan kerana melakukan perubahan ekstrem terhadap tubuh. Tetapi, tak apa kerana saya merasa bangga sebegini.”
Aleira yang digelar sebagai Latina Barbie ini dikatakan bahawa hampir tidak ada bahagian tubuhnya yang belum dibedah. Hurmm nampaknya Aleira begitu ketagih untuk melakukan pembedahan plastik.
Pada masa ini, cita-cita Aleira adalah ingin menjadi wanita yang terkenal dan berjaya menjadi model yang diidolakan ramai orang. Kini, dia sedang mempromosikan kerjayanya sebagai bintang pop di Amerika Utara. Wanita yang juga bekas model majalah Playboy ini mengaku bahawa tubuh seksinya adalah kunci kejayaannya.