Berita & Isu Semasa, Cinta & Perhubungan

11 Gambar Perkahwinan Bertema Harry Potter. Cukup Indah!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
11 Gambar Perkahwinan Bertema Harry Potter. Cukup Indah!

Rasanya semua orang mengimpikan sebuah majlis perkahwinan dengan tema kegemaran. Mungkin tradisional melayu, tema filem Bollywood, Hawaii, perkahwinan dalam taman, tema filem seperti Twilight ataupun apa sahaja yang diidamkan.

IKLAN

Seperti juga pasangan ini yang mengambil masa selama setahun untuk merancang perkahwinan idaman bertemakan Harry Potter, filem kegemaran mereka.

Pasangan Cassie, 31, dan Lewis Byrom, 34, melangsungkan pertunangan pada tahun lepas di Diagon Alley, Harry Potter World yang terletak di Orlando, Florida.

Mengambil keputusan untuk memastikan perkahwinan mereka menjadi perkara terbaik untuk diingati, pasangan dari Stockport, England ini memastikan hari bahagia mereka sama ‘ajaib’ seperti yang ditunjukkan dalam filem Harry Potter.

Perkahwinan mereka dilangsungkan di Hotel Mindland yang terletak di Manchester dan mereka telah mencipta Hogwarts mereka sendiri di hotel tersebut, lengkap dengan Great Hall untuk majlis resepsi.

Casie dan pengapitnya membawa gubahan bunga kertas yang diperbuat daripada lebih 20 naskah buku terpakai Harry potter. Malah, kek perkahwinan mereka merupakan perkara paling bermakna buat Cassie kerana ia mempamerkan Lego Lord Voldemort dan Bellatrix Lestrange yang merupakan watak kegemarannya.

Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS
Foto - SWNS
Foto – SWNS

SUMBER

IKLAN