Nikmatilah dunia ini dengan kejelasan, keselesaan dan kebebasan yang boleh didapati hanya dengan kanta lekap ACUVUE®. Menerusi kejaya anda inovasi yang berdekad lamanya, ACUVUE® adalah kanta lekap yang bakal mengubah segala-galanya – dari cara kita bekerja dan bermain sehingga cara kita berhubung di antara satu sama lain.
Pada bulan ini, ACUVUE® dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran inisiatif pengalaman percubaan kanta lekap pakai buang ACUVUE® di seluruh negara.
Initiatif ini diadakan untuk memberikan semua rakyat Malaysia suatu peluang untuk menikmati keindahan alam sekeliling dan penglihatan yang jelas menerusi salah satu kanta lekap yang paling inovatif yang terdapat di pasaran hari ini. Untuk menikmati peluang ini, anda hanya perlu membuat temujanji pemeriksaan mata di pusat penjagaan mata professional ACUVUE® yang berdekatan seperti yang tersenarai di halaman Facebook ACUVUE®.
Kanta lekap pakai buang harian adalah peranti perubatan dan ACUVUE® ingin memastikan bahawa anda dipadankan dengan jenis kanta lekap yang bersesuaian dan selesa dengan keperluan anda. Oleh itu, pemberian sepasang kanta lekap percubaan percuma bagi setiap orang adalah tertakluk kepada keputusan pemeriksaan mata, diagnosis dan cadangan Penjagaan Mata Profesional, serta ketersediaan stok.
Kanta lekap pakai buang harian memberikan kebebasan yang tiada tandingannya bagi mereka yang ingin menikmati kesemua keindahan dunia dan melakukan apa jua yang mereka inginkan tanpa batasan. Inilah sebabnya kesemua kanta lekap ACUVUE® direka khas dengan reka bentuk dan falsafah Eye-Inspired Design™. Dengan pemahaman yang jelas mengenai keperluan setiap pengguna, kanta lekap ACUVUE® sentiasa memberi penyelesaian yang terbaik untuk mata anda dengan mengutamakan fungsi semulajadi mata terlebih dahulu.
Untuk memenuhi keperluan and keunikan setiap individu, terdapat pelbagai jenis kanta lekap ACUVUE® yang boleh dipadankan dengan keperluan penglihatan setiap individu dan juga keperluan gaya hidup mereka yang berbeza seperti 1•DAY ACUVUE® TruEye®, 1•DAY ACUVUE® MOIST®, 1•DAY ACUVUE® MOIST® untuk Astigmatism dan 1•DAY ACUVUE® DEFINE™ dengan LACREON®.
Anda boleh mendaftar untuk mendapatkan pengalaman kanta lekap percubaan di www.facebook.com/AcuvueMalaysia atau www.acuvue.com.my/etrial/FB. Sila aturkan temujanji dengan Penjagaan Mata Profesional anda untuk mendapatkan sepasang kanta lekap percubaan ACUVUE® secara percuma.