Malam ini apa plan? Having fun dengan BFF? Ataupun temujanji istimewa bersama si dia? Tak kisahlah yang mana, yang penting mesti nampak menawan.
Wanista kongsi lima helah bergaya chic & fun untuk keluar bersama BFF!
1. Anda boleh memakai jeans, flirty skirt ataupun pants kegemaran. Padankan dengan top yang selesa tetapi masih ada elemen gemerlapan.
2. Semestinya kamu pakai heels supaya postur kamu penuh dengan keyakinan. Tapi, kalau nak selesa mungkin boleh cuba sneakers, loafers, clogs, flats – anda boleh bebas berjalan tanpa rasa sakit.
3. Pastikan aksesori yang kamu gayakan bersama look kamu tidak terlalu sarat dan menarik perhatian yang tak sepatutnya (snatch thieves). Lebih sesuai padankan aksesori minimal tapi masih dapat serlahkan personali kamu.
4. Solekan kamu pula perlulah lain daripada semasa di pejabat. Tak perlu risau jika kamu tak bawak beg solekan istimewa kamu tu. Hanya tambahkan eyeliner dan sapukan gincu merah cili untuk tampil bergaya waktu malam.
5. Bila keluar dengan teman-teman wanita, elak guna clutch kerana ia membataskan pergerakan tangan kamu. Lebih sesuai guna sling bag yang boleh kamu silangkan pada badan.
Pasti kamu teruja bila di ajak pergi date dengan jejaka idaman hati bukan? Ini tips penting kena ikut.
1. Walaupun kamu nak tampil sedikit seksi, tidak sesuai untuk pakai top yang terlalu terdedah pada date yang pertama. Ini boleh buat si dia buat tafsiran yang salah mengenai diri kamu. Jika nak pakai top sleeveless, pastikan kamu sarungkan cardigan untuk tampil lebih sweet!
2. Mungkin kamu nak tampil yakin dengan heels tapi kadang kala, bila berjalan dengan heels terlalu tinggi boleh mengakibatkan seliuh ataupun sebarang kecelekaan yang tidak diingini.
3. Gayakan busana rona neutrals kerana ia lebih menenangkan pada mata. Mungkin kamu boleh guna warna yang lebih ‘menjerit’ di temujanji kedua untuk serlahkan personalitimu dengan lebih tapi untuk date pertama, better to stay simple and chic!