Jenama fesyen berprestij dari London, Burberry yang sering mengetengahkan corak kotak-kotaknya serta rekaan “trench coat” ikonik dalam rona Camel itu tidak ketinggalan untuk mengembangkan sayap dalam ciptaan kosmetik padu termasuklah rangkaian gincu, pewarna kuku, pemerah pipi dan pembayang mata.
Demi memberi pilihan yang lebih banyak kepada para penggunanya yang memfokuskan kaum wanita, Burberry tampil hebat dengan koleksi gincu baharunya yang digelar Burberry Full Kisses.
Burberry Full Kisses adalah pen yang memberikan sensasi warna menonjol ke atas bibir dengan hanya satu sapuan, malah dalam masa yang sama bisa menyumbang kelembapan berpanjangan.
“Full Kisses adalah inovasi gincu yang memilki fungsi kepelbagaian. Terdiri daripada 14 variasi warnanya yang menarik, ia juga bisa membentuk bibir, membuatkan bibir kelihatan lebih penuh dan mungil. Dengan hanya satu sapuan, pengguna dan para wanita diluar sana mampu memiliki bibir yang sempurna secara ringkas,” jelas Perunding Solekan Artistik Burberry, Wendy Rowe.
Antara kelebihan lain yang dirangkumkan dalam inovasi gincu pen ini juga adalah, ia mempunyai mata pen yang rata -sesuai untuk melukis dan membentuk bibir dengan sekata, variasi pilihan rona gincu juga adalah pelbagai -diinspirasi dari gaya peragaan koleksi fesyen terkini Burberry, bahkan sapuan gincu yang boleh tahan sehingga 8 jam lamanya itu bagaikan sutera kerana teksturnya ringan dan tidak mengeringkan.
Apa yang lebih menarik, Suki Waterhouse adalah wajah baru untuk rangkaian koleksi gincu Burberry Kisses.
Temubual Eksklusif Bersama Suki Waterhouse
#1 Anda adalah wajah untuk rangkaian Burberry Kisses, Kisses Gloss dan Full Kisses baharu. Jadi, yang manakah rona gincu kegemaran anda?
Buberry Kisses dalam rona Military Red No. 109 kerana ini adalah warna merah hebat yang mesti dimiliki dalam beg tangan semua wanita! Untuk Kisses Gloss, saya gemar rona Pink Mist No. 53 -cecair kilauan yang memberi sedikit impak warna pada bibir manakala rona Full Kisses pilihan saya haruslah Light Crimson No. 517 -sensasi warna terang yang membuatkan bibir saya menonjol!
#2 Apakah gaya pilihan anda kala menghadiri parti dan mengapa?
Saya suka akan warna merah jambu pucat serta warna mocha kerana ianya sesuai untuk dipadankan ke acara parti hebat. Pasti memukau!
#3 Jika anda bisa balik ke masa lampau, apakah amalan kecantikan yang akan anda manfaatkan?
Berhenti untuk jadi pemalas dan rapikan kening sentiasa!
#4 Apakah salah satu helah solekan yang Wendy Rowe pernah ajarkan kepada anda?
Contouring -pada bahagian ruangan belah dalam mata agar mata saya kelihatan lebih menonjol.
#5 Apakah produk kecantikkan Burberry yang tidak boleh anda tinggalkan?
Fresh Glow Luminous Fluid Base dan pewarna bibir Burberry Kisses. Itu adalah antara barangan yang wajib ada dalam tas tangan saya.
#6 Apakah helah solekan yang masih anda tidak mahir untuk lakukan sendiri?
Saya tidak tahu membuat lukisan garisan winged eyeliner tetapi ia adalah teknik solekan kegemaran saya!
#7 Senaraikan 5 produk kecantikan anda.
Fresh Glow Luminous Fluid Base, Burberry Kisses, minyak Paw Paw, Fresh Glow B.B Cream kerana ia melembab, memelihara kulit dan menaikkan seri.
#8 Siapakah ikon kecantikan anda?
Elizabeth Taylor -beliau sangat unik dan memiliki kredibiliti yang sempurna. Ikonik!
#9 Gaya solekan siapakah yang menjadi idaman anda?
Rihanna kerana dia tidak takut untuk bereksperimentasi dengan gaya-gaya yang baharu.
#10 Bagaimana anda ingin menerangkan gaya anda apabila ia berkenaan dengan solekan?
Saya memang gemar bersolek. Saya sangat beruntung kerana setiap hari, ada pendandan yang akan menyiapkan solekan saya. Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak gemar memakai solekan yang terlalu tebal, cukup sekadar menggunakan Fresh Glow B.B Cream supaya mudah untuk kulit wajah bernafas. Jika saya keluar pada waktu siang, saya hanya menggunakan sapuan ringkas gincu Burberry Kisses di bibir, malah sebagai pemerah pipi.
Untuk keterangan lanjut, sila layari my.burberry.com. Harga yang ditawarkan untuk Burberry Full Kisses adalah RM90 setiap satu.