New Zealand adalah sebuah negara yang terkenal dengan sumber alam semula jadi serta keindahan pemandangan gunung-ganang menghijau yang sungguh mengagumkan. Bahkan, negara tersebut juga merupakan pembekal utama bagi pasaran dunia untuk keperluan ruji seperti produk tenusu, daging segar, buah-buahan dan makanan laut. Faktor iklim, kesuburan tanahnya serta pemencilan relatif pulau berkenaan sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pengeluaran yang pelbagai -dari binatang ternakan kambing biri-biri dan lembu hinggalah kepada tanaman kebun yang kaya dengan nutrisi.
Tempoh hari, sebuah acara tahunan gilang-gemilang Food Connection Malaysia telah diadakan di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur untuk memberi peluang kepada beberapa jenama pengeluar makanan dan minuman dari New Zealand melebarkan sayap perniagaan di Malaysia serta mempamerkan produk hasil inovasi terbaik mereka. Tidak dinafikan, kebanyakkan produk juga adalah halal, sesuai bagi kegunaan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.
Lebih 16 jenama hebat ditempatkan dibawah satu bumbung untuk memperkenalkan kelebihan dan keistimewaan produk makanan dan minuman yang dikeluarkan syarikat mereka. Antara nama gah yang terlibat adalah:-
PEMBEKAL MINUMAN WINE
PEMBEKAL MAKANAN LAUT (Halal)
PEMBEKAL DAGING SEGAR (Halal)
PEMBEKAL PRODUK TENUSU (Halal)
- Emerald Foods -NZ Natural
- Fonterrra Brands
- Kapiti Ice Cream
- Spring Sheep Milk Co.
- The Tantua Cooperative Dairy Company
PEMBEKAL SNEK, MINUMAN SIHAT & LAIN-LAIN (Halal)
- Eco Healthy Foods
- DM Dunningham
- Shott Beverages
- The New Zealand Dessert Company
Salah satu produk yang menarik perhatian pengunjung pada acara Food Connection Malaysia tahun ini adalah Arahi, *klik pada pautan merah untuk lihat …disebut (aah-rah-hee) iaitu sejenis minuman jus anggur tanpa alkohol yang premium. Diramu menggunakan anggur terbaik dari jenis Merlot (anggur biru gelap) dan Sauvignon Blanc (anggur hijau). Minuman istimewa ini adalah berasakan jus anggur segar dan apa yang membezakannya dengan wine adalah ia tidak diperam seperti wine.
New Zealand sentiasa komited untuk membekalkan keperluan yang selamat dan berkualiti kepada negara pengimport luar. “Setiap hari, lebih 2,600 penghasil makanan mencipta makanan enak yang kaya dengan pelbagai nutrisi baik untuk tubuh manusia khas untuk majoriti penduduk negara Asia,” jelas Pesuruhjaya Tinggi New Zealand HE (His Excellency) Dr. John Subritzky.
Bukan itu sahaja, malah New Zealand bertindak sebagai satu dari dua buah negara yang banyak mengeksport hasil makanan ke Malaysia sekaligus menjadikannya negara di tangga yang ke-9 memilki pasaran eksport terbesar -melebihi dari kadar separuh dengan jumlah dagangan yang kian meningkat setiap tahun.
Jika anda berminat, kebanyakkan produk makanan dan minuman New Zealand ini mudah didapati di pasaraya Cold Storage, Jaya Grocer, AEON, TESCO dan beberapa pasaraya terkemuka lain.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.newzealand.com