COACH dengan megahnya mempersembahkan koleksi kaca mata terbaru khas untuk penambah seri gaya bagi musim Panas/Luruh 2016. Reka bentuknya lebih jelas dan tajam, koleksi ini cuba mengetengahkan elemen menonjol dari segi perincian sensasi serta potongan yang kemas lagi menarik.
Kesinambungan konsep moden dan elegen disatukan dalam koleksi musim ini, selari dengan tujuan jitu COACH bagi memberikan sentuhan inovasi trendy kepada kemewahan moden.
Palet warna yang digunakan untuk mencetuskan rekaan koleksi kaca mata COACH musim Panas/Luruh 2016 adalah diinspirasi dari era kegemilangan klasik Hollywood tahun 70an. Selain bentuk lensa kaca matanya yang unik dan seksi, garisan eksentrik yang menghiasi setiap satu bingkai kaca mata juga sedikit sebanyak telah memperlihatkan sofistikasi nyata. Rona matte lembut yang terang pula sekaligus bisa membawa suatu pengayaan yang jelas mempersona.
Terdapat lebih 10 jenis rekaan “extravagant” pelbagai rupa dan warna yang boleh anda pilih dari koleksi kaca mata COACH musim Panas/Luruh 2016! Antara perincian mewah yang diterapkan dalam setiap rekaan adalah termasuk butiran kristal, balutan kulit binatang tulen, kancing yang digilap hasil inspirasi dari aksesori asal COACH -menyumbang aura yang tersendiri malah bersifat feminin.
Untuk keterangan lanjut, sila layari malaysia.coach.com