Dipanggang, Dibru, Dibeku! Itulah perkataan yang dapat membayangi nikmat kesedapan perisa ais krim kon Nestle DRUMSTICK baru! Tidak dinafikan, memang ramai rakyat Malaysia yang gemar meminum kopi setiap hari! Tidak kisahlah minuman kopi itu dihidangkan dalam apa cara sekalipun, ianya pasti nyaman tatkala meluncur di tekak.
Perisa kopi baru yang diperkenalkan jenama DRUMSTICK kali ini bukanlah perisa kopi yang biasa, ianya luar biasa! Biji kopi yang digunakan untuk meramu perisa adalah hanya dipilih dari kumpulan biji kopi terbaik, terdiri dari kopi Robusta dan Arabika. Ia kemudian dibru, diperhalusi pula dengan rasa karamel masin yang mengagumkan. Bayangkanlah aroma gabungan yang dihasilkan oleh ramuan mewah ini! Yup! Tiada apa yang lebih mengasyikkan dari bisa menikmati ais krim kopi tatkala musim panas sebegini bukan?
Di sekitar Malaysia, telah banyak wujud kafe-kafe artistik yang mampu menarik minat para anak muda. Oleh itu, Nestle cuba mengetengahkan suatu pembaharuan yang lebih menyeluruh dengan memperkenalkan Nestle DRUMSTICK Caffe de Caramel ini kepada umum. Siapa yang tidak suka ais krim dan siapa pula yang tidak sukakan kopi? Apabila digabungkan kedua versi ini, pastinya ia dapat menawan hati jutawan peminat kopi dan ais krim!
Dalam masa yang sama, Nestle begitu komited untuk meneguhkan kedudukannyadi hati rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak aktiviti yang bakal dijalankan oleh Nestle DRUMSTICK Caffe de Caramel termasuk kempen digital yang menampilkan siri filem web di Youtube dan Facebook.
Tambahan pula, jangan ketinggalan untuk menyertai siri jelajah Nestle DRUMSTICK Caffe de Caramel yang akan mengambil tempat di kebanyakkan Universiti sekitar tanah air serta kesempatan menikmati promosi yang diadakan di stesen minyak terpilih -beli satu percuma satu! Kini, anda boleh dapatkan Nestle DRUMSTICK Caffe de Caramel di mana-mana kedai runcit, pasaraya mahupun kiosk-kiosk serbaneka yang mempunyai peti Nestle DRUMSTICK! Ianya dijual pada harga RM2.90 sahaja!
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.nestle.com.my atau lawat laman Facebook di Nestle Drumstick Malaysia di www.facebook.com/NestleDrumstickMY