Serius dah kurus! Ramai yang tergamam tatkala melihat kemunculan Jennifer Lawrence di atas hamparan karpet merah pada acara Oscars pertengahan Mac 2016 lepas. Yup! Dalam pada masa yang sama, terdapat satu jeritan yang mengiringi langkahnya di atas karpet merah iaitu dari bekas jurulatihnya, Dalton Wong.
Dalton Wong adalah individu yang bertanggungjawab uantuk melatih Jennifer demi memiliki tubuh badan ideal ketika memegang watak sebagai Mystique dalam filem X-Men: First Class. Pengajaran dan pengalaman yang dicurahkan oleh Dalton akan kekal bersama dirinya. “Dalton telah berjaya mengubah bentuk badan saya secara teratur semata-mata untuk watak dalam filem itu. Dia juga telah banyak memberi pengalaman yang secara tidak langsung berupaya mengubah gaya hidup saya”, ujar Jennifer Lawrence.
“Semasa di London, saya suka berlatih di gim miliknya dan selepas itu pergi makan burger dan kentang goreng bersama seperti dia adalah salah seorang ahli keluarga rapat saya. Meskipun begitu, pokok pangkalnya seseorang harus tahu mengimbangi pemakanan,” tambahnya.
#1 Kekal Hidrat
Cecair masin sangat penting untuk tubuh badan manusia, kerana itulah yang membentuk peluh dan air mata anda. Dalton percaya dengan kehebatan air garam.
Dalton telah mengajar Jennifer Lawrence untuk ambil minuman dengan menambah sedikit cecair garam kedalamnya. Sebagai contoh, anda boleh tambah air garam kepada minuman air lemon anda, air kelapa mahupun ke dalam air putih biasa. Ia memang bermanfaat dan menyihatkan.
Hidrasi dalam badan bisa menyokong pembentukan tubuh badan idaman anda secara fizikal mahupun mental. Anda harus menhirup air sepanjang air untuk kekal hidrat! Anda bisa jimat 200 kalori setiap hari hanya dengan meminum beberapa cawan air!
#2 Kawal Saiz Hidangan
Seperti Jennifer Lawrence, dia bukan seorang yang gemar berdiet. Dirinya akan terdorong memakan apa sahaja makanan yang berkalori seperti Mac & Cheese, ayam goreng dan pizza tanpa berfikir panjang.
Tetapi selepas bertemu dengan Dalton, dia cuba mengubah cara pengambilan makanannya. Di akan rasa semua jenis makanan tanpa menghabiskannya. Dalam erti kata lain, Jnenifer akan menikmati sesuatu hidangan dalam kadar pengambilan yang sedikit.
Dalton juga mengajarnya untuk sentiasa memanfaatkan 2 peraturan ini:-
#3 Cukup Tidur
Walau sesibuk mana pun diri anda. Dapatkan tidur yang cukup! Relaks walaupun hanya 10 hingga 30 minu, badit. Dengan rehat yang sekejap itu, badan anda berpeluang mengecas kembali tenaga untuk kegunaannya di masa lain.
#4 Berseronok Ketika Bersenam
Nak kurus memang kena bersenam, tetapi cuba terapkan sekali elemen yang menyeronokan agar tidak bosan. Yang paling penting adalah hati anda ikhlas melakukannya.
Ini adalah sebahagian psikologi. Jika kita minat akan sesuatu, pasti kita akan berasa seronok untuk melakukannya walaupun dalam jangka masa yang lama tanpa berasa penat. Dalton memesan,”Cuba cari apa yang anda minat”. Terdapat pelbagai jenis senaman yang ada, oleh itu, lakukan apa yang paling menarik hati anda!
#5 Amalkan Pemakanan Coklat?!
Yup! Jennifer makan coklat untuk kurus! Tetapi haruslah berpada-pada, bukannya setiap hari. Malah, ianya harus berasaskan coklat gelap (dark chocolate) sepenuhnya.
Kata Dalton,”Jangan terlalu kejam dengan diri anda. Jika anda mempunyai makanan kegemaran, makanlah sehingga anda puas. Tetapi harus beringat agar pengambilannya tidak terlalu banyak sehingga merosakkan amalan diet sihat anda”.
#6 Perhatikan Minuman Anda
Jangan terlalu obses dengan minuman bergula dan bersoda. Air putih adalah pilihan yang terbaik untuk diminum pada bila-bila masa dan dimana jua.
Untuk makluman anda, jus buahan-buahan sebenarnya mengandungi banyak gula meskipun ia berasaskan buah-buahan yang banyak nutrisi. Jaga-jaga!
#7 Berusaha Untuk Bentuk Postur Badan
Itulah yang paling dititik-beratkan Dalton selama menjadi jurulatih Jennifer Lawrence. Secara automatiknya, postur badan boleh menonjolkan kecantikan tubuh seseorang meskipun diri individu tersebut sedikit berisi.
Antara rutin senaman yang boleh anda amalkan adalah senaman “bread and butter”. Untuk melakukannya, anda harus tunduk menghadap lutut anda (seperti posisi rukuk). Tolak dan tonggekkan punggung anda sejauh yang anda boleh. Kemudian, dengan bahagian belakang anda yang lurus, biarkan tangan anda lepas longlai tanpa perlu berpaut di mana-mana.
Dalam masa yang sama, kembangkan jari-jemari anda. Perlahan-lahan angkat kedua belah tangan anda keatas sehingga membentuk huruf “t”. Lakukannya sehingga anda rasa tekanan pada bahagian penyambung lengan anda di bahagian bahu. Lakukan langkah senaman ini selama 1 minit.
#8 Urus Tekanan Diri
Untuk melegakan tekanan minimal dalam diri, anda boleh tarik nafas dalam-dalam seperti yang diamalkan Jennifer tatkala menghadipi tekanan di set pengambaran. Tegangan pada diafragma dalam perut boleh mengurangkan tekanan secara ringkas.
“Sedut nafas melalui hidung sehingga anda dapat rasa perut anda mula tegang dan lepaskannya kembali melalui mulut. Sedut nafas dalam kiraan tiga (3)”, jelas Dalton Wong.
#9 Jangan Malas & Mesti Berdisplin!
“Sejak saya kenal dia, dia memang seorang yang sangat rajin,” jelas Dalton.
Jennifer akan ligat melakukan pergerakan, mengambil makanan pada kadar yang betul dan dalam masa yang sama dirinya juga bijak mengawal emosi dan sebarang tekanan yang dihadapi. Dia gembira menjalani kehidupannya sehari-hari,” tambah Dalton.
Jika anda bijak menyatukan kesemua benda, anda akan menikmati sebuah kehidupan yang stabil. Dalam masa yang sama, Jennifer Lawrence turut diakui adalah individu yang sangat komited terhadap kerjayanya sehingga boleh dijadikan contoh terbaik bagi para pelakon dan aktres lain.