‘Naked Cake’ atau kek telanjang/kek bogel. Sekali pandang seperti kek tak siap ataupun kek tak cukup ising. Tapi inilah trend dalam dunia membuat kek.
Penulis sukakan Naked Cake kerana ianya boleh dikatakan klasik, simple, seksi tapi cukup cantik sekali. Untuk menghiasnya, ada yang gunakan buah-buahan segar, bunga segar dan macam-macam lagi ikut kesesuaian.
Salah satu elemen penting dalam penghasilan Naked Cake ialah pemilihan jenis kek dan kombinasi dengan jenis frosting. Kerana anda bergantung kepada dua elemen ini untuk menentukan bentuk kek yang dihasilkan.
Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menghias Naked Cake.
Bahan yang diperlukan:
- Kek span (sediakan dalam 3 kek span)
- Frosting
- Cake topper seperti sugar pearls, buah, bunga segar
- Piping bag
- Piping tip (kira-kira 1/2 inci dalam diameter)
- Spatula
- Pisau bergerigi
Cara melakukannya:
1. Sediakan kek span, potong lapisan atas kek, lakukan seperti dalam gambar. Guna pisau bergerigi, ratakan kek sebaik sekemas mungkin. Lakukan pada setiap kek span.
2. Yang kedua, anda isikan piping bag dengan frosting. Piping bag dimasukkan ke dalam piping tip dan dipotong bahagian hujungnya, tekan frosting tersebut supaya mudah untuk menghias kek.
3. Letak frosting di setiap lapisan kek.
4. Susun lapisan kek yang terakhir terbalik supaya atas kekal rata dan crumb-free.
5. Gunakan spatula untuk mengimbangi frosting dan ratakan bahagian atas kek.
6. Ini masanya untuk tunjuk kreativiti anda. Cuba atur sugar pearls, buah dan bunga segar di atas kek. Anda boleh ikut contoh seperti dalam gambar. Di sini tiada peraturan diperlukan, anda boleh bebas menghias mengikut kreativiti.