Walaupun drama hebat Korea, Descendants of The Sun sudah melabuhkan tirainya tetapi ia terus hangat diperkatakan bukan sahaja di Korea, tetapi serata Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Utara.
Lagi satu nak tanya, anda dah tengok belum episod terakhir DOTS? Yang belum, penulis tak nak spoil sebab anda kena tonton sendiri. Hehehe… Baiklah, drama ini mengisahkan seorang tentera muda (Song Joong-ki) dan seorang doktor (Song Hye Kyo) yang mengejar cinta dan impian sehingga ke negara luar.
Bukan itu sahaja, sejak penayangan drama tersebut ianya dikatakan memberi impak negatif terhadap penonton seperti adanya pasangan yang bercerai kerana terlalu taksub menonton drama Korea, manakala ada pula lelaki yang sanggup menjalani pembedahan plastik demi mengambil hati isteri, seorang wanita sanggup menipu keluarga, yang sebenarnya telah banyak dipengaruhi oleh watak lelaki yang berlakon dalam sesebuah drama Korea.
Descendants of The Sun bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang unik malah ia juga mempunyai soundtrack yang cukup menakjubkan. Dari moving ballads ke upbeat hits, track tersebut sangat sesuai dengan mood anda. Track ini juga telah mendominasi carta di Korea, menewaskan banyak lagu hits semasa Kpop. Penonton seolah-olah tidak boleh ‘berenggang’ dengan drama ini.
Tidak hanya di Korea, drama ini juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak mula ditayangkan di Astro KBS World malah soundtrack juga turut memikat sehingga berjaya mendominasi carta iTunes Malaysia.
Ini penulis senaraikan 10 soundtrack DOTS mesti anda dengar.
# t Yoonmirae – “Always”
# Davichi – “This Love”
# Gummy – “You Are My Everything”
# M.C The Max – “Wind Beneath Your Winds”
# Mad Clown Ft. Kim Na Young – “Once Again”
# K.Will – “Talk Love”
# LyN – “With You”
# SG WANNABE – “By My Side”
# XIA (Junsu) – “How Can I Love You”
# Chen & Punch – “Every Time”