Menjadi lelaki tidak semudah yang disangkakan. Siang bekerja, malam pula melayan anak-anak dan isteri, setiap hari begini, pasti di akhir hari kian berasa lesu.
Oleh itu, sebagai jalan yang paling mudah, dengan menikmati secawan kopi sahaja sudah memadai untuk bangkitkan kembali tenaga anda sehingga ke tahap optimum. Dan Alicafe Tongkat Ali & Ginseng yang terbaik mesti anda cuba kerana kesannya cukup memberangsangkan.
Baru-baru ini penulis berpeluang menemu bual duta baharu Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng, Faizal Ismail. Beliau sempat menceritakan bahawa beliau merupakan penggemar kopi dan telah mencuba pelbagai jenis kopi 3 dalam 1 selama ini. Pada Faizal, semua kopi adalah sama sehinggalah beliau mencuba kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng.
Jom ikuti temubual ini.
1. Untuk iklan komersial radio bagi produk Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng, mengapa memilih untuk menggunakan loghat Kelantan sebagai bahasa penyampaian? Adakah ini salah satu elemen komedi yang cuba diterapkan atau menggangap orang Kelantan sebagai target utama jualan kopi ini.
Faizal sempat berseloroh, sebenarnya saya ia sesuatu yang berbeza dan mencabar kerana saya ni dari utara! Tetapi saya juga mempunyai ramai peminat dari pantai timur. Jadi saya rasa ini sesuatu yang dapat menarik lebih ramai peminat dari pantai timur juga. Saya harap penyampaian saya dalam loghat kelantan tidak mengecewakan. Mungkin lepas ni kami akan cuba loghat lain pula untuk memberikan kelainan daripada yang biasa.
2. Selain dianggap sejenis kopi yang luar biasa, bagi pendapat Faizal sendiri, apakah tindak balas positif yang paling ketara ke atas diri Faizal selepas mengamalkan minuman kopi Alicafe Tongkat Ali & Ginseng ini?
Saya rasa saya kini lebih bertenaga dan mampu mengekalkan fokus sepanjang hari. Dua perkara ini sangat berguna kepada saya untuk mengharungi hari-hari saya yang sangat sibuk setiap hari.
3. Antara varian kopi Alicafe Tongkat Ali & Ginseng ‘Karamel’ serta ‘Lebih Pekat’, manakah pilihan yang paling digemari Faizal secara peribadi? Boleh ceritakan kenapa?
Saya menggemari ‘Lebih Pekat’ kerana saya sukakan kopi yang lebih kaw. Setiap pagi, saya akan mulakan hari saya dengan kopi Alicafe TAG ‘Lebih Pekat’untuk berikan saya lebih ‘kick’ untuk mulakan hari saya. Tetapi apabila saya ingin bersantai, saya akan minum kopi Alicafe ‘Karamel’untuk rasa yang lebih relaks. Jadi, saya suka kedua-duanya.
4. Apakah rahsia sejati kebahagian Faizal bersama si isteri selain mengamalkan minuman kopi yang diperkaya dengan kebaikan tongkat ali dan ginseng? Boleh kongsi sedikit tips kebahagiaan rumah tangga?
Saya memastikan kebanyakan masa saya dihabiskan di rumah supaya dapat menikmatinya bersama isteri dan anak-anak. Makan minum saya juga sangat jarang di luar rumah melainkan jika ada urusan. Malah jika ada masa terluang saya sendiri akan membuat kerja-kerja rumah seperti menyapu lantai, mengemas dan sebagainya. Semasa hujung minggu yang tidak sibuk kami sentiasa mencuri peluang untuk percutian singkat.
5. Melihatkan Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini memberi impak yang positif dalam menguatkan tubuh, meningkatkan stamina serta mengekalkan fokus minda, adakah Faizal sendiri turut menggalakan isteri dan anak-anak untuk menikmati secawan khasiat kopi Alicafe Tongkat Ali dan Ginseng ini setiap hari?
Oh tidak. Untuk isteri, saya galakkan dia mengamalkan minuman Per’l kerana dia sukakan kopi yang lebih halus dan kurang pekat. Lagipun Per’l mengandungi Kacip Fatimah, sesuai untuk wanita aktif masa kini. Bagi anak-anak pula, mereka gemarkan minuman coklat Oligo. Rasanya sangat enak dan membekalkan nutrisi seimbang untuk mereka membesar. Kesemua produk ini adalah keluaran Power Root dan saya yakin akan kualitinya.
Terima Kasih.