Gaun pengantin serba putih dan cantik ini dikatakan mengambil masa selama 300 jam untuk disiapkan malah dihasilkan oleh tiga orang pereka.
Tapi sayang ianya tidak boleh dipakai, dah kenapa pula?
Jangan tertipu kerana gaun cantik ini sebenarnya adalak kek. Sebuah kek yang dihasilkan menyerupai gaun pengantin. Kek gaun pengantin ini mempunyai berat 75 kilogram yang mana turut diberi perincian halus menerusi corak-corak yang terdapat di sekelilingnya.
Manisan unik ini dihasilkan oleh Sylvia Elba, Yvette Marner dan Ilinka Rnic yang merupakan pakar dalam bidang penghasilan kek fondant. Kek ini akan dipersembahkan kepada umum sempena Pesta Kek Antarabangsa London yang akan berlangsung pada 16 hingga 17 April ini di Alexandra Palace, London.