Browhaus, pakar dalam mengendalikan kening dan Strip, kedai konsep yang mengetengahkan perkhidmatan waxing, dan kini kedua-duanya dibuka dalam satu kedai di Avenue K. Sangat mudah kerana anda boleh mendapatkan rawatan eyebrow dan juga waxing dalam satu kedai.
Browhaus telah menubuhkan lebih 16 cawangan antarabangsa di bandar-bandar utama seperti New York, London, Shanghai, Hong Kong, Manila, Jakarta, Bangkok dan mempunyai dua cawangan di Malaysia – The Curve dan Avenue K. Browhaus menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan dandanan lash dan brow. Pelanggan boleh mengharapkan kemahiran teknikal yang paling tinggi dari ahli terapi terlatih, ditambah pula dengan teknik canggih untuk memberikan hasil yang bergaya.
Manakala Strip merupakan jenama global di lebih 9 bandar termasuk Singapura, London, New York, Shanghai, Hong Kong, Kuala Lumpur, Bangkok, Manila dan Jakarta. Kini, Strip mempunyai lapan cawangan di Malaysia – tujuh di Lembah Klang dan satu di Pulau Pinang. Strip memfokuskan kepada perkhidmatan penyingkiran rambut seperti waxing dan IPL untuk semua bahagian badan dan di peringkat antarabangsa terkenal dengan kepakaran Brazilian dan Boyzilian.
Kenapa anda perlu pergi ke sini?
Perundingan sebelum rawatan bermula. Jika anda pertama kali datang ke sini, ahli terapi akan menghabiskan beberapa minit berunding dengan anda tentang bentuk badan, ketebalan kening dan pilihan yang anda mahu bagi mendapatkan bentuk eyebrow paling sesuai. Jika anda sudah ada bentuk idaman, hanya tunjuk atau jelaskan kepada mereka sahaja, mudah.
Ahli terapi terlatih. Untuk pengetahuan anda, kesemua ahli terapi di sini semuanya menghadiri latihan terapi di Singapore BROWHAUS Training School 4 hingga 8 minggu untuk memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran Browhaus termasuklah standard kebersihan yang ketat. Malah, rawatan threading dan tweezing hanya mengambil masa kira-kira 20 ke 30 minit sahaja, sangat cekap dan cepat.
Threading – Jika anda mahu kening semula jadi, maka perkhidmatan ini terbaik untuk anda. Threading adalah satu kaedah kuno penyingkiran rambut dan mampu membuang setiap helaian rambut walaupun yang sangat halus. Ianya merupakan proses yang sangat cepat dan cekap malah langsung tidak sakit. Malah, satu proses yang sesuai untuk lelaki.
Tweezing – Ia adalah salah satu teknik yang menawarkan ketepatan utama yang menyebabkan kening lebih ditakrifkan. Proses ini melibatkan mengeluarkan sehelai rambut sesat untuk memberi pandangan yang bersih, dan tepat. Tweezing lebih digemari oleh perempuan.
Antara khidmat rawatan yang disediakan di sini adalah?
- Brow Construction (Brow Classic Threading or Discriminate Tweezing)
- Brow Resurrection (Semi Permanent Brow Embroidery)
- Brow Tinting (Color Tweak)
- Lash Curl Up (Lash Perming)
- Lash in Bloom (Lash Extension)
- Lashgraphy (Lash Tints)
- Facial Hair Threading
- Upper Lip Threading
- Brazilian/Boyzilian
- Upper Body waxing
- Hands & Feet
- Face
- Post Wax Care
- IPL hair removal
Masa : 10am – 10pm (Isnin hingga Ahad)
STRIP : www.strip-my.com
Facebook : www.facebook.com/StripKL
Instagram @stripmalaysia
Hubungi: 03-2161 2978/2979 (Avenue K Outlet)
BROWHAUS : www.browhaus.com/my
Facebook : www.facebook.com/BrowhausMalaysia
Instagram @browhausmy
Hubungi : 03-2161 1250 (Avenue K Outlet)