Siapa tidak kenal dengan nama berprestij dalam arena fesyen tanah air yang sering mengejutkan orang ramai dengan rekaan “extravagant”. Baru-baru ini dengan kerjasama krim mandian Magical Spell keluaran LUX, Jovian sekali lagi tampil hebat memperkenalkan koleksi Aidilfitri 2016 istimewa untuk destinasi fesyen atas talian terkemuka di Asia iaitu Zalora.
Koleksi Jovian Mandagie untuk Zalora 2016 ini terdiri daripada 40 rekaan menarik yang pelbagai rupa, warna dan tekstur fabrikasi mewah. Keseluruhannya dihiasi perincian halus, unik serta berciri glamor; menepati jenama Jovian sendiri yang sering terbit dengan idea-idea eksentrik dalam menerapkan pembaharuan untuk setiap koleksi sedia dipakai (Ready-To-Wear) yang dihasilkannya.
Untuk pengetahuan anda lagi, rekaan terkini dari Jovian Mandagie ini adalah diinspirasi dari personaliti dan cita rasa fesyen selebriti klasik Hollywood Grace Kelly, yang kemudiannya menghabiskan sisa hidupnya menjadi isteri kepada Putera Manaco, Rainer III dari tahun 1956. Kecantikan dan aura feminin si puteri Grace Kelly memang tidak dapat disangkal membuatkan Jovian tertarik untuk menjadikan beliau sebagai ilham tema tahun ini.
Menariknya koleksi ini, setiap satu daripadanya turut dihembus dengan aroma bauan orkid hitam yang disunting dari krim mandian Magical Spell oleh Lux. Bahkan, aroma itu turut bisa berkekalan sehingga 8 jam lamanya.
Jadi, anda dah bersedia untuk menunjukkan lagak seperti seorang puteri bak Grace Kelly apabila mengenakan persalinan dari koleksi Jovian Mandagie untuk Zalora 2016? Harumnya menusuk kalbu menonjolkan lagi keyakinan, sifat sofistikated dan feminin seorang wanita.
Jenis fabrikasi yang dimanfaatkan untuk menjayakan koleksi eksentrik ini adalah termasuk kesinambungan padanan fabrik bertekstur, kain krep lembut, helaian chiffon ringan sambil dihiasi perincian artisan manik-manik kristal, sulaman diraja serta beberapa jenis batu permata bersinar.
Sesuai untuk dipakai oleh semua golongan wanita moden masa kini, Jovian komited untuk membawa suatu kelainan bijak dengan menerapkan eleman klasik dan moden yang digabungkan bersama. “Saya sentiasa dipukau dengan kecantikkan wanita dan sebagai satu konsep istimewa untuk musim ini, ia telah mendorong saya untuk mengangkat nama Grace Kelly sebagai ilham dalam menghasilkan rekaan Aidilfitri 2016”, jelas Jovian Mandagie.
Direka khas dengan penuh kesenian untuk Aidilfitri tahun ini, koleksi ini ditawarkan pada harga RM320 hingga RM590. Jovian Mandagie untuk Zalora yang disokong oleh LUX akan mula dipasarkan di gedung atas talian ZALORA, aplikasi mudah alih ZALORA dan di semua butik Jovian Mandigie JM seluruh Malaysia bermula Jun 2016.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.zalora.com.my