Jika anda rasa anda adalah insan yang paling beruntung kerana dikurniakan seorang ibu yang memahami dan tidak lekang dalam memberikan 1001 sokongan kepada anda setiap masa, anda patut berfikir panjang untuk menyediakan satu kejutan berharga buat si ratu hati pada Hari Ibu nanti!
Masa adalah elemen yang cukup penting dalam kehidupan seharian, jika masa tidak digunakan dengan sebaiknya, ia akan berlalu begitu sahaja. Begitulah juga cerminan masa antara anda dan ibu. Jangan sesekali tidak mempedulikan ibu anda , malah hargailah setiap detik waktu anda bersama dengan ibu sementara dia masih ada.
Jenama jam tangan mewah yang dibuat dengan penuh kesenian serta ketukangan hebat yang diwarisi turun-temurun, Jaeger-LeCoultre ada menawarkan seleksi koleksi jam tangan khas buat wanita yang mempunyai tempat di hati anda. Ibu anda pasti menghargai pemberian anda yang ini. Tidak salah untuk sekali-sekala memberi hadiah mewah kepada ibu anda bukan?
Terdapat 3 jenis jam tangan yang bisa disesuaikan dengan gaya pemakaian ibu anda. Kesemua rekaan adalah versetile, bisa digayakan tidak kira masa, walau apa jua majlis yang dihadiri.
Jaeger-LeCoultre Rendez-Vous Ivy Tourbillon
Cermin penunjuk masa dikelilingi dengan batu permata berlian untuk sentuhan feminin mewah, bahkan mesin mekanik “tourbillion” mini yang menghiasi bahagian bawah ruang dalaman paparan akan berputar setiap satu minit, menampakkan ciri-ciri sofistikated yang diidam setiap wanita.
Bukan itu sahaja, dedaun yang seolah-olah hidup menjalar membentuk tulisan nombor pula bagaikan memberi nyawa ke atas rekaan istimewa jam tangan Jaeger-LeCoultre Rendez-Vous Ivy Tourbillon ini.
Jaeger-LeCoultre Master Ultra Thin Squelette
Khas untuk wanita yang gemarkan gaya formal, Jaeger-LeCoultre Master Ultra Thin Squelette ini adalah pilihan yang paling tepat.
Mempunyai rekaan yang hampir sama seperti Jaeger-LeCoultre Rendez-Vous Ivy Tourbillon, yang lainnya adalah cuma perinciannya lebih kemas serta memilki lengkungan paparan yang nipis, mudah untuk melekap pada pergelangan tangan dengan selesa. Bahkan, paparan penunjuk masa adalah lutsinar sepenuhnya penampakan mesin mekanik “tourbillion” secara keseluruhan tanpa sebarang nombor.
Dalam masa yang sama, titik perincian yang berwarna biru dan merah jambu secara tidak langsung meluahkan sifat sensasi yang ada pada rekaan.
Jaeger-LeCoultre Reverso Classic Small Duetto
Cermin paparan bentuk bersegi ini membawa suatu kelainan ekslusif yang tidak lapuk dek zaman. Terdapat dalam dua rekaan tali berbeza termasuk rantai besi dan tali kulit asli, Jaeger-LeCoultre Reverso Classic Small Duetto adalah unik dan yang paling menjadi perhatian ramai dek kerana paparannya bisa ditukar ganti.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.jaeger-lecoultre.com/MY