Siapa tonton rancangan realiti “Love, Vivy” di Astro Ria malam semalam?
Vivy Yusof, nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen tanah air. Jika anda tertanya siapakah wanita genit ini? Dirinya adalah seorang insan yang berkaliber malah melakukan sesuatu perkara secara 100%! Selain pengasas kepada gedung atas talian Fashion Valet yang ligat menghimpunkan seribu satu jenama fesyen ternama di bawah satu bumbung, Vivy dalam masa yang sama gemar bereksperimentasi dengan penggayaan fesyen mengikut cita rasa halus.
Apa sahaja yang disarungkan kebadannya pasti nampak sempurna. Gaya fesyennya tidak pernah gagal untuk menerbitkan satu macam perasaan yang mengagumkan bagi sesiapa yang melihat. Jadi, siapa kata wanita bertudung tidak boleh berfesyen?
Jika anda nak tahu, Vivy dan suaminya pernah belajar bersama dalam jurusan perniagaan di Kota London dahulu. Saban hari, asal ada masa dirinya pasti tidak ketinggalan untuk mengemas kini laman blognya berkenaan trend fesyen terkini, perkembangan hidupnya dan bermacam ceritera tentang perkara rawak yang seronok untuk dikongsi bersama pengikut www.proudduck.com. *klik pada pautan
Wow! Siapa tahu, suatu hari hatinya lantas terbuka untuk memuaskan cita-cita dan kehendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan fesyen?
Yup, dari situ, ramai yang mula tertarik seraya menjadikan Vivy sebagai idola dan inspirasi. Oleh itu, hari ini Wanista nak berkongsi panduan dari hujung rambut hingga hujung kaki, bagaimana anda boleh bergaya seperti Vivy Yusof!
#1 Pakai ‘Shawl’ Dengan Cara Lilitan Bersahaja
Seperti yang kita tahu, Vivy mempunyai jenama selendang yang dibangunkannya sendiri -dUCk. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh yang Vivy ni gemar memakai selendang berbanding tudung bawal biasa.
Dalam masa yang sama, jika anda mahu bergaya seperti Vivy, anda haruslah pandai melilit tudung cara “messy”. Tidak perlu nampak rapi dan ketat. Lagi longgar, lagi cantik.
Asalkan sahaja anda memakai anak tudung atau inner di dalam, kemudian sarungkan sahaja tudung di atas kepala sambil penghujung tudung diselempang rapi keliling leher. Dah siap! Nak selamat, cucuk pin di kiri dan kanan sisi kepala supaya ‘shawl’ anda terletak. Yup! kalau boleh pastikan shawl anda itu berasaskan material licin seperti satin! Barulah nampak eksklusif.
#2 Kaca Mata Hitam
Vivy tidak akan pernah meninggalkan rumah tanpa kaca mata hitam. Dirinya sering menggayakan kaca mata hitam atau “shades” sebagai aksesori ringkas dalam rakaman foto #ootd (outfit of the day).
#3 Beg Tangan Louis Vuitton
Sudah menjadi kelaziman para peminat tegar fesyen, mereka pasti akan dibanjiri dengan koleksi beg tangan berjenama seperti Hermes, Prada, Fendi, Dior, Givenchy dan banyak lagi. Tetapi bagi Vivy sendiri, penulis rasa dia memang mengagumi beg tangan jenama Chanel dan Louis Vuitton! Tak percaya?
#4 Pakai Persalinan Rona Polos
Tak perlulah anda susah payah untuk memadankan pakaian bercorak setiap masa. Tengok gaya Vivy, meskipun dirinya hanya menggayakan pakaian rona polos tanpa sebarang corak, dirinya masih kelihatan hebat! Ingat, anda akan nampak lebih muda jika menggayakan persalinan fabrik polos sebegini.
#5 Kasut Tumit Tinggi ‘Stiletto’ & ‘Platform’ Menjadi Pilihan
Iyalah, untuk gadis dan wanita genit terutamanya, kasut tumit tinggi adalah inisiatif yang boleh digunakan bagi menampakan diri lebih tinggi! Tambah berkeyakinan!
Seperti Vivy, memandangkan dirinya bersaiz “petite”, dia lebih selesa menggayakan kasut jenis Stiletto & Platform untuk kelihatan feminin bergaya.
Kadang-kala, kasut sarung jenis “Espadrilles” ini pun menjadi pilihan Vivy untuk gaya santai bersahaja.
#6 Berani Gayakan Corak Bold Seperti Floral & Motif Kerawang!
Perempuan mana yang tidak suka bunga, habaq mai?!
Meskipun Vivy selalu menggayakan persalinan polos, sekali sekala Vivy turut menyarung blaus bermotifkan floral serta baju yang mempunyai perincian bersulam agar kelihatan edgy dan eksentrik!
#7 Aksesori Rantai Labuh Sebagai Pelengkap Gaya
Kalau dah bertudung pun, tak bermakna anda tidak boleh memakai kalung. Tetapi, haruslah anda memakai kalung yang panjang untuk menyerikan pakaian yang simple itu. Classy sangat!
#8 Cintakan Elemen Batik!
Vivy sangat menghargai karya orang lama-lama seperti batik! Walaupun sering tampil dengan gaya fesyen moden, namun dalam kemodenan itu sebenarnya secara tidak langsung diselit dengan elemen klasik.
#9 Baggy & Flowy!
Kalau nak bergaya seperti Vivy, anda harus memilih pakaian yang kembang. Lagi kembang, lagi cantik! Ibaratnya apabila angin bertiup ke arah anda, maka fabrik yang anda pakai itu seolah melambai-lambai!
Antaranya seperti seluar palazzo, dress labuh berpotongan A, mahupun blaus yang mempunyai lengan kembang.
#10 Pakai Tali Pinggang
Ramai yang tidak tahu, dengan memakai tali pinggang di luar baju, kardigan atau dress yang labuh dan tidak mempunyai pinggang sebenarnya bisa memberi impak menakjubkan pada gaya anda! Nampak kemas juga!
Tip Bonus!
***Vivy suka pakai baju tidur kelawar di rumah!
Jadi, jangan anda menghina kata baju kelawar tu untuk orang kampung yang old school sahaja. FYI, baju kelawar itu untuk orang yang vogue, sebab tu Vivy selesa pakai baju kelawar untuk tidur! Jom kita ramai-ramai pakai baju kelawar! 🙂
Selamat berfesyen ala Vivy semuanya!