Rasanya semua orang sukakan selfie. Tak kisahlah dekat mana sekalipun, asalkan pencahayaan yang betul, lokasi yang nampak menarik pasti selfie jadi pilihan. Walaubagaimanapun, tak semua telefon pintar mampu memberikan apa yang kita mahu, bukan. Iaitu selfie yang betul-betul memuaskan hati dengan setiap filter yang mencantikkan lagi selfie tersebut. Hurmm, ada ke?
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan OPPO sebagai pakar dalam bidang fotografi selfie di Malaysia, OPPO melancarkan F1 Plus, “Pakar Selfie” yang dipertingkatkan dengan kamera pandang hadapan 16MP yang amat menakjubkan, menjadikannya sebagai produk kelompok pertengahan hingga atasan OPPO yang terbaru.
“Sebagai seorang pelakon, saya sentiasa sibuk dengan jadual pengambaran filem dan sesi fotografi, disamping membahagikan masa untuk melancong bersama orang-orang yang tersayang. Amat penting bagi saya untuk memiliki sebuah telefon yang dapat merakamkan segala detik manis yang dilalui seharian dengan menarik tanpa perlu meluangkan banyak masa untuk mengedit gambar-gambar, supaya saya dapat memuat naik memori saya ke dalam media sosial dengan mudah untuk berinteraksi dengan teman-teman serta peminat-peminat saya. Anda tidak akan percaya betapa banyak perbezaan yang dilakukan oleh F1 Plus terhadap hidup saya dengan memudahkan keperluan selfie dan media sosial saya” – jelas Ikon Selfie, Nora Danish.
Jadi, apa kelebihan OPPO ini?
“Kedua-dua F1 dan F1 Plus mempunyai fungsi mod Beautify yang telah diubahsuai, smart screen flash dan disertakan dengan pelbagai jenis filter bagi membantu anda mengambil selfie yang bukan sahaja tampak semulajadi, malah sangat menawan. Saya suka bagaimana mod selfie tidak menjadikan kulit serta muka saya kelihatan seperti ‘palsu’, ianya sesuatu yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan telefon kamera yang lain.
“Dengan kamera Hi-light yang berkuasa tinggi, saya tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk cuba mendapatkan pencahayaan yang terbaik atau membaiki cela saya. Dengan solekan ringkas atau tanpa solekan langsung, saya boleh mengambil selfie pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan terus memuat naik ke atas talian. Ianya sangat mudah,” jelas Nora lagi.
F1 Plus merupakan peranti pertama yang dilengkapi dengan Kamera Hi-light pandang hadapan 16MP, selain menjalani pengubahsuaian perisian secara menyeluruh bagi menampilkan ciri ColorOS 3.0 serba baru dengan pengenalan cap jari pintar, semuanya terkandung dalam reka bentuk terbaru unibody berasaskan logam sepenuhnya yang diilhamkan dari pergunungan bersalji.
“Saya hanya perlu mengecas telefon saya selama lima minit dan saya boleh menggunakannya untuk berbual bagi tujuan kerja tanpa gangguan selama dua jam! Tambahan pula, saya amat menyukai reka bentuk unibody berasaskan logam F1 Plus yang serba mewah apabila disentuh dan sangat ringan apabila dipegang,” tambah Nora.
Sebagai penambahan baru terhadap rangkaian produk pertengahan hingga atasan, Telefon Kamera OPPO siri 2016, F1 Plus dipasarkan dengan harga RM1898 dan ia menghasilkan gambar yang jelas, terang dan berwarna-warni kepada semua penggunanya. Tempahan awal F1 Plus boleh didapati secara atas talian di laman sesawang 11street.com bermula dari 7 April hingga 11 April 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi atau layari:
- OPPO Malaysia official Hotline – 1800-88-6776
- OPPO Malaysia official Website – http://www.oppo.com/my/
- OPPO Malaysia official Facebook – https://www.facebook.com/malaysiaoppo