Berita & Isu Semasa

[ Berita ] Ikea Bakal Buka Gedung di Johor Bahru, Peluang Pekerjaan Ditawar

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Berita ] Ikea Bakal Buka Gedung di Johor Bahru, Peluang Pekerjaan Ditawar

Kepada semua rakyat Malaysia. Ikea Malaysia bakal membuka cawangan terbaharu gedung di Johor Bahru menjelang akhir 2017. Lokasinya terletak berhampiran Jalan Desa Tebrau, Johor Bahru, gedung ini adalah cawangan pertamanya di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.

IKLAN

Dalam satu kenyataan, IKEA berkata fasa pertama proses pengambilan tenaga kerja akan dimulakan. Ia terdiri daripada lebih 50 jawatan, termasuk jawatan bagi melengkapkan pasukan pengurusan gedung tersebut.

Antaranya termasuk jawatan Pengurus Gedung serta pengurus dan penolong pengurus untuk Jualan, Komunikasi dan Hiasan Dalaman, Sumber Manusia, Kelestarian, Restoran, Logistik dan banyak lagi.

“Gedung ini mencerminkan komitmen kami bagi menyedia dan menawar kelengkapan rumah ala Sweden yang berfungsi dan mampu dimiliki oleh orang ramai. Kami menjemput warga Malaysia untuk menyertai pasukan yang dapat membantu usaha merintis ke arah pengendalian gedung baharu ini,” kata Pengarah Peruncitan, IKEA Malaysia, Singapura dan Thailand Mike King.

Tambahnya, persekitaran tempat kerja IKEA di Malaysia dan di seluruh dunia berbeza berbanding dengan kebanyakan persekitaran peruncitan yang lain.

“Jenama kami mantap dan berjaya, namun sikap rendah diri merupakan pendekatan utama kami serta warga kerja yang sentiasa ceria pada setiap hari, dalam  persekitaran pejabat yang terbuka dan lengkap.

“Ketua-ketua kami menikmati kebebasan yang cukup memuaskan dalam memikul tanggung jawab masing-masing. Kami menawarkan pakej ganjaran yang kompetitif – termasuk satu pelan insentif, faedah perubatan, diskaun untuk kakitangan dan peluang untuk belajar dan membangun,” katanya lagi.

Untuk memohon atau mengetahui lebih lanjut tentang peluang pekerjaan di gedung cawangan baru IKEA di Johor Bahru, sila layari Ikea.my/jobs.

SUMBER

IKLAN