Hiburan

Penangan Song Joong Ki, Wanita di China Sanggup Menipu Keluarga

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Penangan Song Joong Ki, Wanita di China Sanggup Menipu Keluarga

Sindrom Song Joong Ki dan drama Descendants of The Sun terusan meletus di China.

Paling terbaru, ada seorang wanita sanggup menipu keluarganya dengan menyatakan dia sudah berkahwin dengan Song Joong Ki dan keluarganya mempercayai berita tersebut. Seriously!

Li, 26, dari Chongqing di barat daya China melakukan photoshop pada lesen perkahwinan palsu, lengkap dengan foto dan butiran dirinya serta Song Joong Ki. Malah, dia berkongsi dokumen tersebut di akaun sosial WeChat dengan mengumumkan perkahwinannya.

Foto - www.dramafever.com
Foto – www.dramafever.com

“Saya fikir semua orang tahu akan Song Joong Ki, jadi saya fikir ia akan menjadi lawak dengan berbuat demikian,” kata Li.

Li merasakan semua orang mengenali Song Joong Ki tetapi sangkaannya merosot apabila kawan-kawan mengucapkan tahniah malah saudara mara turut berkongsi hal tersebut dan bertanya di mana majlis perkahwinan itu akan diadakan.

Bapa Li yang mengetahui akan hal ini, memarahinya kerana mengetepikan dirinya sebagai bapa. “Siapa berikan lampu hijau untuk perkahwinan ini? “Sanggup lupakan ayah? “Di mana asal lelaki ini?

Selepas menjelaskan hal sebenar yang berita perkahwinan adalah palsu, bapanya tenang semula.

Boleh pula buat macam itu. Hurmmmm…

SUMBER

Leave a Reply
Your email address will not be published. *