Berita & Isu Semasa

Kerusi Penulis Harry Potter, J.K. Rowling Dilelong Pada Harga RM1.5 Juta. Biar Betul!

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Kerusi Penulis Harry Potter, J.K. Rowling Dilelong Pada Harga RM1.5 Juta. Biar Betul!

Untuk pengetahuan anda, kerusi yang digunakan oleh penulis British, J.K. Rowling sewaktu menyiapkan dua jilid awal novel siri Harry Potter telah dilelong pada harga AS$394,000 (RM1.53 juta) di New York pada Rabu.

Kerusi kayu oak dengan rekaan era 1930-an itu adalah sebahagian daripada set berempat yang diberikan percuma kepada Rowling ketika beliau tinggal di rumah bersubsidi di Edinburgh, Scotland.

Foto - WILLIAM EDWARDS / AFP / GETTY
Foto – WILLIAM EDWARDS / AFP / GETTY

Firma lelongan, Heritage Auctions berkata harga yang dicapai itu adalah termasuk cukai dan telah meningkat 14 kali ganda daripada nilai lelongan asalnya pada 2009.

Penulis berusia 50 tahun itu menggunakan kerusi tersebut ketika menulis ‘Harry Potter and the Philosopher’s Stone’ dan ‘Harry Potter and the Chamber of Secrets’ yang diterbitkan pada tahun 1997 dan 1998.

“Ia adalah yang paling selesa. Sebab itulah ia ditelakkan secara kekal di depan mesin taip saya. Secara nostalgia, saya sedih berpisah dengannya,” kata Rowling dalam surat keterangan yang mengiringi kerusi berkenaan.

“Anda mungkin tidak merasakan kerusi ini cantik, namun janganlah menilai apa yang anda lihat secara zahir. Saya menulis Harry Potter ketika duduk di atasnya,” tulisnya lagi. 

Harry Potter telah mencetus fenomena dunia dan telah diterjemah ke 67 bahasa. Novel itu dijual sebanyak 450 juta naskhah dan dikatakan telah menghidupkan semula minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga telah diadaptasi ke layar perak dengan hasil kutipan tayangan bertahap blockbuster.

SUMBER

BACA  Bedak Bayi Johnson & Johnson Miliki Potensi Risiko Kanser Terhadap Pengguna!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *