Kini, minuman Ribena berwajah baharu!
Suntory Beverage & Food Malaysia Sdn Bhd (SBFM) dengan bangganya memperkenalkan Sparkling Ribena Can – minuman ringan berkarbonat berperisa anggur hitam dengan keenakan yang sama kini boleh dinikmati dalam tin sedia minum! Bagi yang dahagakan keenakan minuman semulajadi yang dihasilkan daripada buah anggur hitam asli New Zealand dan mengandungi 100% keperluan vitamin C harian yang disyorkan, Sparkling Ribena adalah pilihan lebih sihat untuk rakyat Malaysia tanpa mengira usia!
“Ribena jenama yang telah menjangkau lebih 75 tahun dan kami sentiasa mengolah semula rasa kegemaran ramai ini untuk menyesuaikan citarasa yang berbeza. Dengan Sparkling Ribena Can, pengguna boleh menikmati keenakan ini dalam cara baharu – gabungan terbaik keenakan minuman buah-buahan enak yang berkarbonat dan menyegarkan!” kata Lee Hon Tong, Pengurus Besar Serantau , Malaysia, Singapura & Hong Kong, SBFM.
Bertepatan dengan prinsip syarikat untuk membekalkan keenakan rasa buah terbaik, Sparkling Ribena adalah bebas dari perasa, pewarna dan pemanis tiruan. Ia juga bebas kafeina. Ia mengandungi antioksidan dan antosianin, menjadikannya sesuai untuk semua – kanak-kanak, remaja dan orang dewasa!
Untuk tempoh terhad, pengguna boleh menikmati sampel percuma Sparkling Ribena di lokasi pilihan sekitar Lembah Kelang dengan Jelajah Mini Cooper Ribena. Sertai kami, ambil gambar dan muat-turun dalam talian di media sosial anda dengan hashtag #AlwaysGood!
Sparkling Ribena Can baharu dijual pada harga RM2.00 dan boleh didapati di semua pasaraya besar, pasaraya, pasar mini dan kedai serbaneka seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, sila klik “Suka” Di Laman Facebook Ribena Malaysia (www.facebook.Com/RibenaMalaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1-800-38-1231 (Isnin hingga Jumaat: 9 pagi hingga 5 petang).