Peneraju rangkaian barangan kemas yang tidak asing lagi di Malaysia, Poh Kong sememangnya sinonim dengan pelbagai pilihan barang kemas, dari perhiasan berasaskan emas yang direka secara eksklusif, hinggalah ke berlian dan batu permata yang sesuai digayakan pada segala jenis upacara dan majlis.
Poh Kong bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 40 pada tahun ini. Bagi meraikannya bersama para pelanggan, Poh Kong telah melancarkan kempen serta pelbagai sambutan yang bakal menawarkan hadiah-hadiah bernilai sehingga RM4 juta.
“Tahun 2016 ini merupakan tahun yang serba gemilang serta bermakna buat kami di Poh Kong. Kami memulakan perniagaan ini pada tahun 1976 berbekalkan kesungguhan serta integriti, dan kami amat berbangga dengan kejayaan yang diperoleh serta perkembangannya sehingga kini. Oleh itu, kami ingin meraikannya bersama-sama pelanggan setia kami, dan kami juga berazam untuk terus meraih kejayaan untuk 40 tahun lagi!” ujar Dato’ Eddie Choon, Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad.
Bersempena ulangtahun ke 40, Kempen Jom Menang, Shop & Win Big Poh Kong menawarkan hadiah-hadiah menarik bernilai RM4 juta. Dengan setiap RM400 yang dibelanjakan, pelanggan Poh Kong berpeluang untuk memenangi barang kemas serba anggun dan baucar tunai. Kempen ini akan bermula pada 1 April 2016, dengan lebih 400 hadiah yang boleh dimenangi untuk setiap bulan.
Kunjungi salah satu daripada lebih 100 cawangan Poh Kong untuk bersama meraikan kegembiraan di samping mencipta kenangan indah bersama Poh Kong.
Untuk info lanjut, anda boleh lawati laman web rasmi www.pohkong.com.my, Facebook POH KONG JEWELLERS dan Instagram pohkongmy