Siapa yang gemar makan manisan mesti tahu tentang Golden Boronia Nougat!
Nougat adalah sejenis manisan kenyal dan rangup yang berasaskan gula, sirap glukosa, putih telur, madu, kekacang dan buah-buahan campuran kering. Ia dikatakan berasal dari negara Timur Tengah dan Sepanyol.
Jika anda hendak beli Golden Boronia Nougat jenama Australia ini di pasaraya atau mana-mana butik coklat, pasti mahal harganya kan? Oleh itu, di sini Wanista nak kongsikan resepi bagaimana anda boleh membuat manisan Nougat sendiri di rumah! Jom belajar!
Bahan-Bahan:-
- Loyang Besi
- Mesin Pemukul Elektrik
- Semburan Anti-Lekat (Pan Spray)
- Berus Pastri
- Foil Aluminium
- 2 Biji Putih Telur
- Kekacang & Buah-Buahan Campuran Kering Pilihan Anda
- 2 1/2 Cawan Gula
- 1 1/3 Cawan Air
- 1 Camca Teh Estrak Vanila
- 500gm Sirap Glukosa (Cairkan)
Cara-Cara:-
- Panaskan periuk pada api serdehana.
- Masukkan gula, air dan sirap glukosa. Kacau rata.
- Biarkan ia merenih sehingga menggelegak. Untuk elak gula mengeras dan hangus, sapu air menggunakan berus pastri di sekeliling periuk berdekatan permukaan campuran yang sedang mendidih.
- Apabila campuran gula sudah cair dengan sempurna, kuatkan sedikit api beberapa ketika sebelum menurunkannya semula pada kadar serdehana apabila campuran mula berbuih.
- Jika ada termometer memasak, ukur suhu kepanasan dalam periuk sehingga mencapai 220 °C atau 240 °F sebelum mematikan api.
- Sementara menunggu, pukul putih telur menggunakan mesin pemukul elektrik sehingga menjadi ringan.
- Rendam periuk yang mengandungi campuran gula tadi dalam air sejuk sebentar untuk memberhentikan proses memasak.
- Sambil mesin memukul telur, masukkan sedikit demi sedikit campuran gula ke dalam mesin pemukul.
- Masukkan 1 camca teh estrak Vanila ke dalam campuran. Pukul sehingga semuanya sebati dan ringan.
- Setelah itu, masukkan kekacang (bakar sedikit) dan buah-buahan campuran kering pilihan anda. Adun sebati.
- Tuang campuran ke dalam loyang yang telah siap dialas dengan foil aluminum dan disembur dengan semburan anti-lekat (pan spray).
- Lakukan dengan cepat kerana dikhuatiri campuran akan mengeras.
- Ratakan dan tindih dengan sesuatu yang berat agar permukaan Nougat rata apabila telah mengeras nanti.
- Potong menggunakan pisau yang tajam untuk dapatkan hasil potongan Nougat cantik dan rapi.
- Hidang sebagai manisan untuk majlis keramaian mahupun untuk menu minum petang.
Selamat mencuba!