Drama Descendants of the Sun terus hangat diperkatakan bukan sahaja di Korea, tetapi serata Asia, Timur Tengah, Amerika Latin dan Amerika Utara. Drama ini mengisahkan seorang tentera muda dan seorang doktor yang mengejar cinta dan impian sehingga ke negara luar.
Malahan, pelakon utama Song Joong-ki turut mendapat tempias apabila gayanya yang dilihat mengenakan kaca mata hitam rekaan Ray-Ban dalam drama ini menjadi kegilaan ramai.
Menerusi drama bersiri yang bersiaran dua episod setiap minggu pada hari Rabu dan Khamis di saluran KBS, Song Joong-ki membawakan watak sebagai seorang kapten untuk angkatan pasukan khas. Lebih menarik perhatian ramai, Song Joong-ki beraksi dalam lakonannya dengan unifom lengkap tentera, ekspresi kening berkerut di atas paduan cermin mata aviator Ray-Ban membuat ramai yang jatuh hati pada aktor yang sebelum ini lebih dikenali dengan watak charming dan comel.
Babak di atas memaparkan pertemuan antara Song Joong-ki dan Song Hye Kyo ketika bertemu semula setelah sekian lama terpisah antara yang paling terkesan dan memberi impak pada adunan cerita cinta hero dan heroin ini. Bintang jelita yang juga duta jenama kecantikan Laniege, Song Hye Kyo membawakan watak seorang doktor yang mendambakan Song Joong-ki tetapi enggan melayan hatinya kerana khuatir akan kecewa kerana situasi jejaka ini yang sering berdepan dengan bahaya.
Jadi jika ingin tampak cool seperti Song Joong-ki, anda juga boleh tampil yakin bergaya dengan seleksi daripada Ray-Ban ini.