Tahniah buat pelawak Zizan Razak dan penyanyi yang sedang meningkat naik Elizabeth Tan kerana baru sahaja dilantik menjadi duta baharu pusat membeli-belah atas talian 11street (www.11street.my).
“Disebabkan kami genap setahun pada April ini, kami merasakan ia adalah perlu untuk mempunyai dua anak muda dengan personaliti menarik serta mampu berkomunikasi dengan rakyat Malaysia dengan baik. Kedua-dua Zizan dan Elizabeth berkongsi kualiti ini dan kami gembira mereka akan mewakili 11street pada tahun ini 2016,” jelas Hoseok Kim, Ketua Pegawai Eksekutif 11street.
Perlantikan mereka ini akan diumumkan secara rasmi dan membuat penampilan pertama pada Majlis Sambutan Ulang Tahun 11street yang bertemakan ’11street’s Shocking Deals Come to Life’! Menariknya, 11street menjemput semua rakyat malaysia untuk menyertai karnival tersebut – satu karnival yang penuh keseronokan dengan permainan, gula-gula dan kupon akan diberi.
Karnival akan diadakan pada 11 April pada jam 11 pagi sehingga 7.30 malam di NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur. Selebriti seperti Intan Ladyana dan Atikah Suhaime akan turut serta memeriahkan sambutan ulang tahun 11street.
Bukan itu sahaja, sebagai hadiah kepada pelanggan dan peminat, 11street turut mengumumkan peraduan ‘Fly High LIKE A STAR with 11street’. Dengan hanya berbelanja minimum RM11 di 11street dan menjawab satu soalan mudah, peserta berpeluang memenangi menaiki helikopter diikuti sesi makan malam dengan Zizan dan Elizabeth. Bagi mereka yang berminat, sertai peraduan ini dari 23 Mac hingga April 3 di www.11street.my.