Kanye West dan adidas Originals menampilkan gaya kedua untuk koleksi ikonik YEEZY BOOST 750 yang dilancarkan pada awal tahun ini, bulan Februari 2015.
Untuk koleksi baharu YEEZY BOOST 750 ini didatangkan dalam versi premium suede serba hitam dengan BOOST™ midsole, yang menampilkan teknologi kusyen adidas, menggabungkan keselesaan dan prestasi dengan gaya mewah.
“Kanye percaya kepada kualiti tertinggi dan terpakai untuk mana-mana produk yang direkanya. Dengan YEEZY BOOST, Kanye membawa kreativiti unik dan keperibadian ke hadapan dalam reka bentuk,” jelas Arthur Hoeld, Pengurus Besar adidas Originals.
YEEZY BOOST 750 yang hanya menawarkan warna hitam akan berada secara eksklusif 19 Disember 2015 di adidas Originals Concept Store Pavilion dengan harga runcit RM1,450.