Sejak beberapa ketika ini, teh hijau telah menjadi semakin popular dalam kalangan golongan yang setiasa menginginkan khasiatnya. Kini, salah satu produk minuman ringan keluaran F&N yang menonjolkan rasa berserta khasiat teh hijau OISHI tampil memperkenalkan format minuman 300ml baru, khas buat pengguna menikmatinya dimana-mana sahaja.
Masyarakat Malaysia terutamanya amat menyukai minuman teh hijau. “Mereka kini mencari rasa keaslian dan keunikan tradisi Jepun. Mereka kini berpeluang menikmati rasa teh hijau asli bersama rakan dan keluarga pada bila-bila masa, dimana jua”, jelas Jenny Wong, Ketua Pemasaran F&N Services Sdn. Bhd.
OISHI Green Tea sentiasa komited memperbaharui dan memperkaya produk keluaran mereka demi memenuhi keperluan pengguna Malaysia. OISHI bakal membawakan perisa-perisa baharu dalam masa terdekat dan terus mengembangkan sayapnya dalam perniagaan minuman teh hijau di Malaysia.
Diramu menggunakan 100% daun teh hijau asli yang disemai dalam ladang yang dijana secara organik. OISHI menghasilkan minuman teh hijau bermutu tinggi hanya menggunakan daun muda dan pucuk bagi mengekstrak rasa yang sempurna. Dari situlah lahirnya resepi teh hijau sebanar dari Jepun paling mahsyur.
Terdapat dalam perisa Asli, Lemon Madu, Teh Hitam Lemon serta Genmai. Boleh dibeli dalam saiz botol 380ml (RM2.20) dan 1.5L (RM5.50) yang boleh dikitar semula serta tin 300ml (RM2.00).